KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 16 Mei ini untuk mengumumkan keputusannya sama ada untuk memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri atau membebaskannya berhubung pertuduhan liwat yang dihadapinya.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menyatakan demikian di akhir kes pendakwaan hari ini.
Semalam pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa profil DNA milik seseorang dikenali “lelaki Y” yang ditemui di dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, adalah kepunyaan Anwar.
Anwar, 63, yang juga ketua pembangkang, dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, yang merupakan bekas pembantu beliau, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansar di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. - Bernama