ARTIKEL SEBELUM

11/04/11

Istana S'gor gantung gelaran Datuk Kong Choy




Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menggantung gelaran "Datuk" kepada Tan Sri Chan Kong Choy sementara menunggu keputusan kes mahkamah yang dihadapinya berhubung kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Istana Selangor juga membatalkan anugerah Datuk kepada bekas pengerusi eksekutif Ekran Bhd, Tan Sri Dr Ting Pek Khiing, yang diisytiharkan muflis olah Jabatan Insolvensi pada 29 Oktober tahun lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Khusrin Munawi berkata tuduhan yang dihadap Chan adalah serius kerana membabitkan kepentingan negara dan awam.

Anugerah Datuk kepada Chan akan dibatalkan sekiranya dia didapati bersalah, tetapi akan dikekalkan jika didapati tidak bersalah.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud