ARTIKEL SEBELUM

7/04/11

Deepak anggap Rosmah sebagai kakak




Setelah sekian lama cuba dijejaki, dengan tidak semena-mena usahawan Deepak Jaikishan muncul bagi menepis dakwaan yang dilemparkan ke atasnya.

Individu yang didakwa rapat dengan keluarga perdana menteri itu tampil menjelaskan hubungannya dengan Datin Seri Rosmah Mansor yang disifatkannya tidak lebih daripada "seorang kakak."

Deepak menafikan dakwaan bahawa beliau telah "memburuk-burukkan" Rosmah, seperti yang didakwa penulis blog Raja Petra Kamaruddin di laman Malaysia Today.

NONEDalam tulisan bertajuk "Carpetman, bagman, toyboy has been bagged" itu, Raja Petra antara lainnya mendakwa bahawa Deepak kini sedang berusaha supaya disukai semula oleh Rosmah.

Raja Petra juga mendakwa, Deepak berbuat demikian ekoran satu skandal melibatkan pinjaman yang ditanggung sebuah syarikat milik lelaki berketurunan Pakistan itu.

Dalam sidang media hari ini, Deepak menjelaskan mengenai hutang berjumlah RM600 juta yang ditanggung syarikat Carpet Group.

Deepak juga berkata, beliau tidak pernah memuji Rosmah mahupun perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Anggap seperti kakak

"Saya kenal (Rosmah), saya anggap dia seperti seorang kakak. Tetapi dalam perniagaan permaidani, sekali sekala dia akan telefon dan dia mahu bercakap mengenai perkembangan yang berlaku di sekitar kota... Itu sahaja.

"Dia seorang yang baik. Jika anda mengenai dia secara peribadi, dia seorang yang baik," kata Deepak lagi.

Katanya lagi, beliau mula mengenali Rosmah apabila wanita itu mula mengunjungi kedai permaidani milik keluarganya di pusat bandar Kuala Lumpur "sekitar enam atau tujuh tahun lalu."

"Daripada itu kami membentuk hubungan dengan (keluarga Rosmah). Kadang kala mereka memperkenalkan kami (untuk peluang perniagaan).

"Kadang kalau kita mahu buat sesuatu projek, mereka berikan surat rujukan kepada kami. (Apabila) kerja dijalankan dengan baik, mereka berikan surat juga," katanya lagi.

Bekal permaidani untuk Seri Perdana

Selain itu, Deepak juga mengulas mengenai bekalan permaidani dan barangan dalam rumah ke kediaman rasmi perdana menteri – Seri Perdana.

Jelasnya, barangan berkenaan dibekalkan kepada kontraktor yang terlibat dengan tender tersebut.

"Kita tidak (bekalkan) secara langsung sebab kita adalah pengeluar (permaidani). Kita bekalkan kepada orang yang

"Untuk pengetahuan anda, saya tiada penglibatan dengan kontrak kerajaan, tiada kaitan dengan GLC atau institusi berkaitan kerajaan," katanya.

Deepak turut mengakui bahawa beliau telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebanyak dua kali sejak setahun lalu.

Siasatan itu bagaimanapun tiada kaitan dengan isu bekalan permaidani ke Seri Perdana.

Sebaliknnya, siasatan itu hannya melibatkan dakwaan pemberian wang kepada seorang penyiasat persendirian P Balasubramaniam, kata Deepak.


- mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud