SHAH ALAM – Dewan Pemuda Pas menyifatkan tindakan pemimpin Barisan Nasional menanam sentimen bahawa mengundi Pakatan Rakyat (PR) boleh menggadaikan masa depan rakyat sebagai trend politik lapuk.
Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas, Mohd Firdaus Jaafar berkata, rakyat sepatutnya diberi peluang menilai tawaran dan parti mana yang boleh memberi khidmat terbaik kepada rakyat.
Menurutnya, perubahan adalah satu kemestian bagi membina landskap baru Sarawak.
“Sebarang usaha menyekat perubahan rakyat Sarawak akan memendekkan lagi jangka hayat kerajaan BN.
“Biarkan rakyat Sarawak berubah dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini demi masa depan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya rakyat Sarawak perlu menolak “hantu” dan “jembalang” yang akan datang dengan mulut yang manis membuat pelbagai janji dan tawaran tetapi sebenarnya hanya pembohongan dan kepalsuan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April depan adalah peluang terbaik bagi rakyat Sarawak berbuat demikian.