ARTIKEL SEBELUM

14/03/11

Video hangat ultraman mohon maaf pada Zoy ?




kah kah kah video ni hanya sekadar hiburan sahaja..



KUALA LUMPUR: Tiada pihak, lebih-lebih lagi pengamal media wajar menjadikan tragedi bencana alam sebagai modal kreativiti hingga menyinggung sensitiviti masyarakat dunia, khususnya negara terbabit.

“Bayangkan, kalau kita di tempat mereka dan melihat jenaka kejam ditujukan kepada kita?” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad kepada KeadilanDaily, hari ini.

Beliau menganggap penyiaran kartun itu dalam Berita Harian (BH) sebagai tidak mementingkan nilai kemanusiaan dengan menjadikan peristiwa yang diratapi masyarakat dunia, suatu jenaka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu menyifatkan perbuatan akhbar itu tidak menghormati kesedihan dan kesengsaraan rakyat Jepun yang dilanda tsunami paling buruk dalam tempoh 140 tahun.

“Editorial Berita Harian tidak peka dan tidak sensitif terhadap rakyat Jepun sehingga boleh meluluskan kartun tersebut,” katanya, kesal.

Berita Minggu, akhbar mingguan Berita Harian hari ini memaparkan watak hero fiksyen Jepun yang popular di Malaysia, Ultraman Jack melarikan diri dari ombak tsunami di Negara Matahari terbit itu.

Malah, berita mengenai paparan kartun itu turut dipetik media antarabangsa termasuk CNN sekaligus memalukan imej negara di mata dunia.

Bagaimanapun, BH sudah memohon maaf atas penyiaran karikatur mengenai kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun itu.

Sehingga kini, angka kematian mencecah 1,000 manakala lebih 1,000 hilang dan 1,442 cedera parah pada tragedi itu.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud