ARTIKEL SEBELUM

30/03/11

Tiga ADUN PKR beri kenyataan kepada polis


Tiga orang ADUN PKR hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk memberi kenyataan berhubung satu perhimpunan anjuran parti itu pada tengah malam Isnin lalu.


ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Amiruddin Shaari (Batu Caves) tiba di balai berkenaan pada kira-kira jam 10.30. Ketiga-tiga mereka telah diserahkan notis tersebut pada tengah malam Isnin lalu.


Wakil rakyat berkenaan memasuki balai polis ditemani peguam Latheefa Koya dan N Surendran serta ahli parlimen Ampang Zuraida Kamarudin. Sementara itu, sekumpulan penyokong seramai kira-kira 50 orang turut berkumpul di luar balai polis berkenaan. Dilaporkan, satu insiden kekecohan berlaku melibatkan peserta perhimpunan berkenaan, antara tengah malam dan awal pagi Sabtu lalu.


Dalam kejadian itu, sepasukan polis termasuk FRU bertindak menghalang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada meneruskan ucapan di perhimpunan berkenaan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud