KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan sedia disiasat berhubung dakwaan beliau menerima imbuhan daripada pihak tertentu untuk meninggalkan PKR.
"Siasatlah, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) atau LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) boleh datang siasat saya pada bila-bila masa. Buktikan saya bersalah," katanya kepada pemberita di lobi Bangunan Parlimen, di sini, semalam, sebagai membalas dakwaan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang sangsi apabila beliau mampu menjelaskan hutang tanah kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd sebanyak RM1.4 juta secara tiba-tiba.
Menurutnya, syarikat yang memiliki tanah seluas kira-kira 40 hektar itu diusahakan sejak 2002 lagi, adalah milik ahli keluarganya dan mereka memiliki 70 hingga 80 peratus kepentingan dalam syarikat itu.