ARTIKEL SEBELUM

19/03/11

Seorang Blogger Ditahan Polis...

KUALA LUMPUR: Seorang blogger pro-Pakatan Rakyat ditahan polis tengah malam tadi dan komputer riba miliknya, dirampas.

Blogger yang dikenali sebagai Hanief kemudian dibawa ke balai polis Sentul selepas proses tangkapan yang turut disertai pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua melalui twitter, berkata beliau mengetahui tangkapan itu melalui bapa dan adik kepada blogger berkenaan.

“Polis dan SKMM juga meminta password. Malah, beberapa komputer dan modem milik bapa blogger itu turut dirampas,” katanya.

Mengikut maklumat yang diterima KeadilanDaily, Hanief kemudian dibebaskan antara jam 2.30 pagi ini tetapi beliau diarah memberi keterangan di balai polis berkenaan, kira-kira jam 10 pagi.

Hanief terkenal di kalangan penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat marhaen berikutan sentuhan krevitivitinya dalam mengupas isu politik tanah air melalui youtube.

Ini bukan tindakan atau tekanan pertama terhadap blogger pro-Pakatan Rakyat.

Pada 2 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan injunksi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim bagi menghalang blogger, Amizudin Ahmat dari menerbitkan paparan berkaitan pendedahan yang menteri itu merogol seorang amah dari Indonesia.

Amizudin atau Din Binjai yang terkenal dengan blog sharpshooterblogger.blogspot.com hanya memapar semula pendedahan Wikileaks mengenai dakwaan berkenaan, dengan mengutip paparan Rockybru di blog pengamal media itu.

Ironinya, tindakan keras itu tidak pula dikenakan terhadap Rockybru yang kini dilihat cenderung mesra Umno Barisan Nasional (BN).- keadilan daily

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud