MERLIMAU: Barisan Nasional terus merasuah pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Merlimau dengan pelbagai cara termasuk mengadakan jamuan makan, memberi angpow, dan pelbagai jenis hadiah bagi memancing undi- melalui NGO 1Malaysia.
Malah, motorsikal antara hadiah yang ditawar melalui cabutan bertuah tersebut selain basikal, barangan elektronik dan pelbagai jenis barangan lain. Laman web Merdeka Review melaporkan, dalam dua majlis makan malam yang dianjurkan setakat ini, lebih RM200,000 ribu telah dibelanjakan.
Jamuan malan itu diadakan pada 20 dan 28 Febuari dengan kehadiran kira-kira 1300 orang.
Seorang penduduk tempatan, Fua Yong Siong berkata jamuan itu berharga kira-kira RM200 semeja, dan kedua-dua jamuan menyediakan 130 meja masing-masing yang dianggar menelan belanja RM52,000 hanya untuk majlis tersebut.
Ia tidak termasuk pemberian angpow pada 20 Febuari di mana penduduk hanya perlu mendaftar nama dan kad pengenalan bagi menghadiri majlis itu.
Menurut laporan itu lagi, hanya berbekalkan tiket tersebut, penduduk boleh mendapat wang tunai RM100 dan memenangi hadiah istimewa.
Seandainya kesemua 1300 orang memperolehi angpow bernilai RM100, maka RM130 ribu telah diberikan kepada pengundi.
Menurut Fua Yong Siong lagi, kira-kira 600 bungkusan yang mengandungi teh, susu dan sebagainya juga diedarkan, dijangka bernilai RM10 setiap satu.
Laman web itu melaporkan, perkiraan kasar mendapati jumlah itu menelan kira-kira RM188,000, tidak termasuk hadiah barangan elektronik seperti LCD, mesin basuh, periuk nasi dan barangan seperti basikal, pakaian, hamper dan sebagainya melalui cabutan bertuah.
Malah kos lain juga belum dikira seperti upah pekerja, persembahan dan banner dengan gambar Najib. Satu lagi jamuan dikatakan akan dianjurkan pada 5 Mac ini iaitu sehari sebelum hari pengundian di Merlimau. keadilan daily