Kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di dalam Malaysiakini mengenai isu pembangunan di kawasan-kawasan Parlimen dan Dun yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat amat melucukan.
Bagi Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, kenyataan Shahrizat itu masih lagi memainkan lagu lama pembangunan sedangkan rakyat kini terutamanya di bandar-bandar dan pinggir-pinggir bandar telah maju mendepani alam siber.
“Senario yang digambarkan beliau seolah-olah rakyat di Kepong di mana BN telah ditolak oleh rakyat berada di sebuah republik yang tidak ada kaitan dengan Persekutuan Malaysia.
“Katanya rakyat di kawasan-kawasan tersebut perlu diberi kesedaran bahawa BN sajalah yang membawa pembangunan,” ujarnya.
Shahrizat mengutarakan kenyataan tersebut selepas menghadiri Karnival Jalinan Rakyat yang dianjurkan oleh Wanita BN Kepong di Putrajaya kelmarin.
Menurut Nuridah, ketua wanita Umno itu lupa bagaimana pula dengan pembangunan di Kerdau yang dikuasai BN sejak lebih 50 tahun terutamanya pekan Kerdau yang terpinggir dan dilihat masih berada di dalam “zaman Jepun” pada era sebelum merdeka.
Beliau berkata, sebenarnya adalah semestinya menjadi satu tanggungjawab kepada mana-mana kerajaan pusat yang memerintah menjalankan program-program pembangunan kepada semua rakyat di mana jua mereka berada termasuk di kawasan-kawasan pembangkang mengikut keperluannya.
Juga, katanya pembangunan telah dan sedang rancak dijalankan oleh pemaju-pemaju swasta di mana-mana kawasan yang berpotensi termasuk di kawasan pembangkang.
“Sesungguhnya dari kenyataan Shahrizat itu kita dapat gambaran sikap dan tindak-tanduk para pemimpin tertinggi BN yang menolak semangat demokrasi dan sistem federalisme yang diamalkan di Malaysia serta tidak menghormati hak rakyat memilih pemimpin yang mereka sokong,” katanya.
Beliau menambah, sikap angkuh seolah-olah hanya BN juara pembangunan itu amatlah menjelekkan juga menjelaskan lagi bahawa slogan-slogan ingin berubah, BN boleh berubah dan transformasi ekonomi hanyalah sandiwara dan retorik, manipulasi politik BN dalam usaha-usaha mengekalkan kuasa dan survival mereka.
“Kenapa beliau perlu mengungkit hal sedemikian? Kenapa perlu diselitkan agenda menakut-nakut rakyat? Bukankah hal itu memang menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan yang memerintah?
“Tidakkah kebajikan rakyat antara tanggungjawab yang mesti ditunaikan oleh kerajaan Persekutuan pada sistem ala federalisme yang di amalkan di Malaysia?” soalnya.
Beliau mempersoalkan kenapa Shahrizat mesti bersungut atau terkilan apabila rakyat memilih Pakatan Rakyat untuk menyuarakan pandangan dan keperluan mereka di Parlimen atau salahkah rakyat tidak memilih BN.
Jika begitu, tambahnya beliau apa gunanya diwujudkan gabungan pelbagai parti yang didominasikan oleh Umno dalam BN.
“Apakah beliau tidak menjiwai semangat ‘rakyat didahulukan’ yang dilaung-laungkan oleh pemimpin BN?” tanya beliau lagi.
Justeru itu, kata Nuridah biarlah rakyat diberikan kebebasan yang adil dalam memilih dan menentukan pemimpin yang benar-benar dapat membawa suara mereka di sidang Parlimen.
Ini, katanya bukan kroni-kroni BN tukang angguk dan mengampu pemimpin mereka.
“Akhirnya kita dapat lihat juga bahawa dari kenyataan tersebut terselit rasa takut pemimpin BN ditolak oleh rakyat pada PRU ke 13 akan datang,” ujarnya lagi.
Tegasnya, Pakatan Rakyat akan terus berusaha mengajak rakyat merubah nasib mereka kepada era yang lebih gemilang.
“Rakyat perlu berani berubah seperti apa yang telah ditunjukkan oleh rakyat Tunisia, Mesir dan negara-negara Timur Tengah kini. Ubah sekarang, selamatkan Malaysia,” katanya.