MERSING – Malang menimpa seorang pemandu lori sebuah ladang apabila dia lemas selepas kenderaan yang dipandunya itu terjunam ke dalam sungai di Kilometer 30, Jalan Kahang-Mersing di sini semalam.
Kejadian pukul 11 pagi itu menyebabkan Liew Soon Fatt, 23, mati di tempat kejadian selepas gagal menyelamatkan diri apabila tersepit di tempat duduk pemandu. Ketika kejadian, dia menaiki lori itu bersama seorang kelindan warga Bangladesh dikenali sebagai Helaludin, 30-an.
Menurut Helaludin, kejadian itu berlaku apabila lori yang membawa muatan baja itu gagal dikawal lalu tergelincir ke dalam sungai.
Katanya, ekoran itu, Soon Fatt dari Lahat Datu, Sabah tidak sempat menyelamatkan diri kerana tersepit manakala Helaludin pula hanya cedera ringan.- kosmo