ARTIKEL SEBELUM

8/03/11

Lagi pemimpin Umno 'serang' Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus 'diserang' oleh pemimpin BN, khususnya dari Umno.

Hari ini, Bernama melaporkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata rakan sejawatannya dari Kelantan itu semakin menjadi liabiliti kepada PAS apabila sering menyuarakan pendapat mengenai sesuatu isu tanpa asas dan mengelirukan rakyat.

NONEKatanya, kecenderungan Nik Abdul Aziz itu menyebabkan parti Islam itu semakin kehilangan sokongan rakyat.

Menurut Ali (berjaket hitam) kemenangan BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini dan DUN Kerdau, Pahang pada Ahad lalu membuktikan sokongan rakyat kepada PAS semakin merosot berbanding pada pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka hari ini sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang beliau tidak menghalalkan kemenangan BN pada kedua-dua pilihan raya kecil itu kerana mendakwa BN menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen.

Sambil menyangkal dakwaan bahawa BN menggunakan taktik kotor untuk memenangi pilihan raya kecil berkenaan, Ali berkata: "Dia (PAS) sudah kalah, dia (Nik Abdul Aziz) salahkan orang pula, kemenangan BN satu kemenangan yang sahih, bersih, telus dan ikhlas".

NONEMohd Ali yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Melaka berkata, BN tidak menggunakan fitnah, penipuan dan gangsterisme untuk memenangi hati rakyat berbanding PAS yang menggunakan taktik negatif antaranya menggunakan bahasa kesat semasa berceramah.

Katanya, taktik negatif yang digunakan PAS itu tidak menampakkan nilai Islam yang diperjuangkan mereka dan ini menyebabkan perjuangan parti itu dilihat semakin jauh daripada perjuangan membela masyarakat Islam di negara ini.

"Umno memperjuangkan kebaikan serta kejujuran, rakyat memilih Umno yang lebih baik daripada banyak segi, PAS juga semakin lari daripada perjuangan Islam apabila berkawan dengan DAP," katanya.

BN mengekalkan DUN Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad, 44, mengalahkan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, dengan majoriti 3,643 undi manakala di DUN Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, menewaskan calon PAS Hasannuddin Salim, 43, dengan majoriti 2,724 undi.- mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud