KUALA LUMPUR : Peguambela Anwar Ibrahim hari ini menggesa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak cubaan polis memperolehi bahan bukti menerusi tipu helah setelah menahan Ketua Pembangkang itu secara haram dan tanpa memberitahunya asas tuduhan terhadap beliau pada 2008.
Sepasukan Unit Tindakan Khas bersenjatakan automatik menahan Anwar pada 16 Julai 2008 dan memaksa beliau bermalam di lokap Ibupejabat Polis Kuala Lumpur.
Penangkapan itu membolehkan polis merampas sehelai tuala, berus gigi dan botol air mineral dari lokap berkenaan keesokan hari. Bahan-bahan berkenaan diguna bagi ujian DNA dengan motif mensabitkan mantan Timbalan Perdana Menteri itu atas tuduhan fitnah liwat untuk kali kedua.
"Jelas bahan untuk ujian DNA yang diperolehi oleh polis untuk mensabitkan beliau adalah tidak adil dan bertentangan dengan undang-undang," Karpal memberitahu Hakim Mohamad Zabidin Md Diah.
Zabidin akan memberikan keputusan esok sama ada membenarkan hasil ujian DNA terhadap bahan-bahan yang dirampas oleh polis diguna sebagai bahan bukti dalam perbicaraan berkenaan.
Karpal menegaskan penangkapan Anwar pada tahun 2008 bercanggah menurut Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 28A(1) Kod Prosedur Jenayah.
Serbuan UTK ke atas kereta Anwar adalah tidak sah kerana Anwar terlebih dahulu sudah pun membuat temu janji untuk memberi keterangan kepada polis pada hari itu.
Minggu lalu Ketua Bahagian Siasatan Khas Bukit Aman, Superintenden Mohd Taufik Abdullah mendedahkan arahan untuk menangkap Anwar dikeluarkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin.
Seramai 15 anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dilengkapi senjata automatik dan 'balaclava' menahan Anwar 200 meter dari rumah beliau di Segambut pada 16 Julai 2008.
Peguam Sankara Nair yang bersama Anwar mengesahkan kepada mahkamah, Anwar tidak diberitahu asas penangkapannya atau ditunjukkan waran tangkap sebelum dibawa ke balai polis.
Ketua Pembangkang itu menyifatkan tindakan polis sebagai tipu helah untuk mendapatkan DNA bagi mensabitkan beliau dengan tuduhan liwat terhadap bekas pembantu Saiful Bukhari Azlan.
Anwar sebelum ini memberitahu hakim beliau enggan memberikan sampel DNA kepada polis setelah menjadi mangsa bukti reka cipta pada perbicaraan fitnah liwat pertama. Perbicaraan itu berakhir dengan Anwar dihumban ke penjara selama enam tahun.
Karpal menegaskan pentingnya mahkamah melindungi hak Anwar untuk tidak memberi spesimen DNA itu berasaskan pengalaman yang dilaluinya sebelum ini.
Justeru, tindakan polis mengambil DNA tanpa pengetahuan tertuduh harus ditolak, kata Karpal.
Beliau menegaskan bahawa polis bertindak di luas batas kuasa apabila menahan Anwar tanpa menujukkannya waran tangkap ataupun memberitahunya asas penahanan.
"Dalam situasi individu ditahan, beliau harus diberitahu secepat mungkin asas penahanan dan seharusnya dibenarkan untuk merujuk kepada peguam," jelas Karpal.
Karpal juga meggesa hakim menimbang faktor bahawa dokumen kenyataan Anwar kepada polis adalah berlainan dengan dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah.
Meskipun berhadapan dengan pencabulan bukti sedemikian, Ketua Pendakwaraya Yusof Zainal Abiden menggesa mahkamah untuk tetap menerima barang-barang kes berkenaan sebagai bahan bukti untuk mensabitkan Anwar.
Zainal mendakwa polis mempunyai hak mutlak untuk merampas barang-barang yang ditinggalkan oleh Anwar dalam lokap itu dan menggunakannya untuk pengumpulan bukti tanpa pengetahuan beliau.- tvs