Kempen pilihan raya kecil dewang undangan negeri Merlimau terus dicemari perbuatan khianat.
Jika semalam, sebuah pentas berdekatan bilik operasi DAP yang didirikan oleh parti itu untuk satu majlis anjurannya yang dijadualkan pada 4 Mac ini dibakar, hari ini cermin belakang kereta seorang penduduk pula dipecahkan.
Kereta itu diletak di hadapan bilik operasi DAP di pekan Merlimau.
ADUN Ayer Keroh dari DAP Khoo Poay Tiong berkata beliau percaya kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi hingga 5 pagi ini.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk berkenaan yang bukan ahli DAP membuat laporan polis.
Dalam kejadian semalam, permaidani pentas DAP musnah tetapi bahagian lain pentas tetap utuh kerana ia diperbuat daripda keluli. Sebuah botol kosong dengan kesan petrol juga ditemui pada tempat kejadian.