Sementara itu Kumpulan Berita Harian memohon maaf ekoran tindakan menyiarkan karikatur mengisahkan kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun dalam edisi Berita Minggu hari ini, yang ramai menganggap ia tidak menghormati keperitan rakyat negara itu.
Dalam mesej yang disiarkan menerusi Facebook petang tadi, pengaragnya berkata: “Berita Harian memohon maaf dengan penyiaran karikatur mengenai kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun dalam akhbar Berita Minggu hari ini.
“Pihak kami tidak berniat langsung untuk mempersendakan bencana yang menimpa negara itu, sebaliknya amat bersimpati dan berkongsi kesedihan dengan rakyat Jepun.”
Karikatur yang disiarkan di halaman 24 menunjukkan superhero Jepun “Ultraman” lari lintang-pukang bagi mengelak ditelan gelombang tsunami