ARTIKEL SEBELUM

23/03/11

Hishammuddin - Saya mungkin timbang saman Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau dan polis sebagai dalang dalam pendedahan rakaman video seks, yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR).

“Laporan polis sudah dibuat, biarkan mereka menjalankan siasatan.

“Malah, saya tidak tanya pun butiran (laporan), saya tidak mahu dakwaan itu, yang didakwa konspirasi menjejaskan nama baik polis. Pihak polis telah melakukan banyak kerja yang baik,” kata Menteri Dalam Negeri.

“Dan, dalam kes ini dengan mendakwa menteri berkonspirasi, jika ia menjejaskan (imej) polis, saya akan timbang untuk menyaman beliau sebab saya tidak ada apa-apa untuk menyembunyikan,” katanya.

Semalam, Anwar menuduh Datuk Seri Najib Razak dan Hishammuddin terlibat dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.

Anwar membuat pendirian tegas itu sehari selepas penafian Perdana Menteri bahawa polis dan Kementerian Dalam Negeri terlibat dalam merakamkan insiden itu.

“Tindakan mempertontonkan tidak boleh dilakukan tanpa perlindungan Najib dan Menteri Dalam Negeri. Lebih-lebih lagi ia dilakukan secara rasmi di sebuah hotel berprestij, di mana editor-editor kanan dijemput.

“Adakah ia mungkin?” soal Anwar selepas membuat aduan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini.

Malah petang semalam, Hishammuddin berkata, satu unit khas akan ditubuhkan bagi meneliti laporan polis yang dibuat oleh Anwar berhubung satu video seks.

“Unit itu bertanggungjawab terus dengan Ketua Polis Negara,” katanya.

“Saya telah mengarahkan Ketua Polis Negara supaya lebih profesional, telus dan secara menyeluruh,” kata Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno.

Hishammuddin berkata perkara itu akan dibawa ke peringkat Bukit Aman kerana ia dianggap sebagai kes berprofil tinggi dan kepentingan awam.- malaysiainsider

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud