ARTIKEL SEBELUM

7/03/11

Hassanuddin: Sedih cuma sementara

Calon PAS Hassanuddin Salim berkata beliau hanya akan sedih buat sementara waktu sahaja ekoran kekalahannya dalam pilihan raya kecil Kerdau hari ini.

"Saya sedih cuma sementara waktu. Tetapi saya akan bergerak lebih jauh," katanya yang masih mampu ketawa dalam sidang media di markaz induk PAS di Kerdau hari ini.

azlanBekas kontraktor untuk projek berskala besar itu juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada petugas Pakatan Rakyat dan media yang membantu sepanjang tempoh berkempen.

"Saya juga ucapkan tahniah kepada calon BN," katanya sambil menasihatkan Syed Ibrahim Syed Ahmad supaya berkhidmat dengan baik seperti yang dijanjikan.

Calon BN tersebut memperolehi kemenangan besar dengan majoriti 2,724 undi, menewaskan Hassanuddin yang mendapat 2,336 undi.

Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya, Datuk Tarif Abdul Rahman kira-kira 8.20 malam ini.

Majoriti kemenangan BN itu juga mengembalikan tahap sokongan yang dinikmatinya pada pilihan raya umum 2004 di mana parti itu mendapat majoriti sebanyak 2,565 undi.

Ia juga menunjukkan pertambahan hampir 70 peratus berbanding majoriti yang diperolehi BN sebanyak 1,615 undi pada 2008.

Pilihan raya kecil itu juga mencatatkan 83 peratus atau 7,480 orang pemilih keluar mengundi selepas semua 13 pusat mengundi ditutup 5 petang tadi.- mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud