ARTIKEL SEBELUM

7/03/11

Fitnah II: Penahanan tak sah, ‘bukti pendakwa raya’ perlu ditolak

KUALA LUMPUR: Karpal Singh menegaskan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tidak sah dan pemerolehan DNA-nya secara tipu muslihat adalah alasan kukuh untuk Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, menolak bukti yang mahu dikemukakan pendakwa raya.

Beliau berkata demikian dalam bicara dalam perbicaraan untuk menolak tuala ‘Good Morning’, botol air mineral ‘Cactus’ dan berus gigi sebagai bahan bukti perbicaraan kes Fitnah II.

Kata Karpal, penahanan Anwar pada 16 Julai 2008 bertentangan dengan Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 28A(1) Kanun Acara Jenayah.

Beliau berkata, Superintendan Ahmad Taufik Abdullah – pegawai polis yang menahan Anwar gagal mengemukakan waran tangkap mahupun asas penahanan sewaktu Ketua Pembangkang itu ditahan.

“Mengikut Perkara 5(3) dan Seksyen 28A(1) Kanun Acara Jenayah, polis yang menahan seseorang tanpa waran, perlu memberitahu individu berkenaan asas penahanannya,” katanya.

Malah, katanya, Anwar menerusi peguam beliau, Sankara Nair sudah memberi jaminan kepada polis untuk hadir memberi keterangan pada jam 2 petang pada hari beliau ditahan secara tidak sah.

Selain itu, Karpal berkata, tuala ‘Good Morning’, botol air mineral ‘Cactus’ dan berus gigi – barangan diambil tanpa kebenaran Anwar sewaktu beliau tidak lagi berada di lokap.

Sedangkan, katanya, Seksyen 64 Kanun Acara Jenayah menyatakan polis perlu menyenarai barang-barang yang diambil daripada individu yang menghuni lokap manakala Seksyen 65 kanun sama menyebut, individu berkenaan perlu hadir sewaktu rampasan dibuat.

Karpal berhujah demikian pada hari ketiga bicara dalam perbicaraan, sebahagian kes Fitnah II yang cuba mensabitkan Anwar dengan tuduhan liwat – mengulangi wayang 1998.

Pertuduhan itu dipercayai sebahagian usaha terancang untuk menyekat kebangkitan Anwar dalam menyakinkan rakyat untuk menolak Barisan Nasional (BN) selepas kejayaan memimpin Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum 2008.- KD

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud