ARTIKEL SEBELUM

27/03/11

Eskay Ke Thailand Kumpul Bahan Jatuhkan Anwar, Kata Mahti

























Ahli Perniagaan Shazryl Eskay dikatakan membuat perancangan untuk mengumpul bahan tertentu di Siam dalam usaha untuk membalas dendam terhadap Anwar Ibrahim, kata seorang bekas pegawai polis yang pernah rapat dengan beliau.

Mohamad Mahti Abdul Rahim berkata pada 8 Mac, Eskay memberitahunya bahawa beliau menyalahkan Anwar terhadap saman RM20 juta ringgit yang didengar di mahkamah berhubung komisyen projek Jambatan Bengkok.

“Saya telefon dia (Eskay) pada 11 Mac. Dia marah-marah (mengatakan) Datuk Seri Anwar tak guna, Datuk Seri Anwar dah curi duit kita, saya akan buat dia sampai jatuh. Saya nak balik pi (pergi) Siam, nak kumpulkan bukti-bukti nak jatuhkan Datuk Seri Anwar,” kata Mahti.

Eskay adalah bekas Konsul Thailand di Malaysia dan dilaporkan mempunyai jaringan kenalan yang luas di negara jiran itu.

Pada 21 Mac lalu, Eskay menayangkan sebuah video seks lucah yang didakwanya merakamkan Datuk Seri Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di Kuala Lumpur.

Video 21 minit itu, menurut Eskay dirakam sebulan lalu. Anwar menafikan beliau adalah orang berkenaan dan membuat laporan polis serta mengemukakan bukti catatan twitter dan facebook beliau untuk membuktikan rakaman itu adalah fitnah licik Umno.

Selain Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bendahari Perkasa Shuib Lazim turut bertanggungjawab di atas penayangan video lucah itu.

Mahti adalah bekas pengawal peribadi Tan Sri Megat Junid Megat Ayob di antara tahun 1984 hingga 2000.

Beliau memperkenalkan Eskay kepada Allahyarham Megat Junid yang kemudian memperkenalkan beliau kepada Tun Mahathir Mohamad dan Anwar.

Mahti berkata beliau ditawar imbuhan RM500,000 oleh Eskay awal Mac untuk menjadi saksi dalam kes samannya terhadap Syarikat Merong Mahawangsa.

Sangsi dengan sogokan yang ditawar itu, Mahti mahu membuat surat perjanjian namun Eskay tidak bersetuju.

“Dia (Eskay) kata pada saya, Abang Mat boleh tolong saya jadi saksi tak kes ini? Saya tanya nak jadi saksi macam mana sebab saya bukan tahu kes ini macam mana. (Eskay berkata) Abang Mat cuma jadi saksi bahawa Abang Mat tau yang saya rapat dengan Tan Sri Megat Junid,” kata Mahti.

“(Eskay kata) kalau kes ini menang saya bagi Abang Mat RM 500,000. , “ tambah beliau.

Mahti berkata beliau dibawa berjumpa dengan bendahari PERKASA, Datuk Shuaib Lazim yang juga dikatakan rakan perniagaan Eskay pada 8 Mac.

Shuib kemudian meyakinkan Mahti bahawa beliau tetap akan mendapat imbuhan berkenaan jika Eskay menang kes itu dengan keseluruhan pampasan bernilai RM40 juta, menurut Mahti.

Eskay sebelum ini menfailkan saman terhadap syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana mendakwa beliau tidak dibayar RM20 juta sebagaimana dijanjikan, setelah mendapatkan projek Jambatan Bengkok di Johor untuk Syarikat Merong Mahawangsa.

Mahti berkata seorang peguam yang mewakili Eskay dalam kes saman itu menghubunginya semalam setelah beliau mendedahkan dendam Eskay terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam itu meminta Mahti tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut kerana bimbang ia akan "mengganggu" keputusan kes saman Eskay.

Semalam Mahti membuat pendedahan bahawa Eskay menyimpan dendam terhadap Anwar Ibrahim dan bertekad untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang itu.

Mahti berkata Eskay memberitahunya bahawa beliau amat marah kerana Anwar enggan memberi keterangan dalam sebuah kes tuntutan saman membabitkan ahli perniagaan itu.

Eskay adalah seorang daripada tiga Datuk T yang mendalangi fitnah video lucah untuk dikaitkan kepada Anwar sejak Isnin lalu.

Selain Eskay, turut terbabit adalah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuaib yang dikatakan penasihat kepada syarikat baja milik Eskay.

Mahti semalam menyifatkan Eskay sebagai 'Si Kitol' - watak dalam Sejarah Melayu sebagai watak yang menabur fitnah dan pandai mengadu domba sehingga menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka.- tvs

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud