ARTIKEL SEBELUM

13/03/11

Beli Wakil Rakyat, RM1.4 juta Hanya Sebahagian Darinya

KUCHING, 13 MAC : Pakatan Rakyat tidak menolak kemungkinan lebih banyak wang dibelanjakan oleh UMNO Barisan Nasional untuk membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat dalam usaha terdesak parti itu untuk menggulingkan beberapa negeri yang ditadbir gagasan itu.

Parti perkauman itu dilihat semakin terdesak apabila Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak membayangkan pilihan raya umum (PRU) ke 13 tidak mustahil untuk diadakan dalam masa terdekat.

UMNO Barisan Nasional sekali lagi tidak dapat menepis dakwaan parti itu 'membeli' seorang ahli parlimen baru- baru ini berikutan Pakatan Rakyat mengemukakan salinan asal sekeping cek bernilai RM1.4 juta yang digunakan ahli parlimen itu untuk urusan jual beli tanah.

Pendedahan itu disusuli dengan penafian Ahli Parlimen Padang serai, N. Gobalakrisnan bahawa beliau dibayar wang untuk keluar dari PKR.

Gobalakrishnan meninggalkan PKR pada 29 Januari lalu dengan alasan hilang kepercayaan terhadap Anwar dan kepimpinan parti tersebut.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar berkata, jumlah yang tertera pada sekeping cek itu hanyalah secebis daripada jumlah wang yang digunakan untuk membeli beberapa orang wakil rakyat Pakatan Rakyat sebelum ini.

"RM1.4 juta adalah hanya untuk satu urusniaga tanah. Kita tidak tahu jumlah keseluruhan atau apa lagi yang diberikan kepada yang lain-lain," ujar Anwar.

Parlimen baru- baru ini dikejutkan dengan pendedahan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution bahawa pihaknya mengesan seorang wakil rakyat yang baru sahaja keluar parti, mempunyai keupayaan untuk membeli tanah di Kelantan.

Anwar berkata, dengan pendedahan itu, spekulasi bahawa wujud aktiviti 'membeli' sebelum ini sudah terjawab dan rakyat harus menilainya dengan bijak.

"Sekarang kita mempunyai bukti jelas menunjukkan memang Umno-BN melakukan perancangan jahat untuk memburukkan PKR sebelum terus membeli wakil rakyat berkenaan," tambah Anwar.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong, Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Samsuri turut bertindak lompat parti.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud