Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon diminta menarik balik kenyataannya berhubung portfolio baru bagi menguruskan hal ehwal agama bukan Islam yang ditubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Kalau tidak tarik balik, beliau dicabar meletakkan jawatannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio perpaduan kerana kenyataannya itu yang amat tidak berasas. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, disebabkan kenyataannya yang tidak berasas, Koh Tsu Koon perlu bertanggungjawab dan menarik balik kenyataannya itu kerana ia hanya boleh membawa perpecahan. Menurut beliau, jika tidak, Koh Tsu Koon tidak selayaknya terus memegang portfolio itu, sebaliknya layak menjadi menteri 'perpecahan' kerana kenyataannya yang hanya tahu mengkritik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang walaupun tidak berasas. "Jadi saya dengan ini meminta Koh Tsu Koon menarik balik kenyataannya itu kerana ia tidak selayaknya keluar dari menteri (yang memegang portfolio perpaduan dan prestasi) tetapi layak sebagai menteri 'perpecahan'," katanya pada sidang akhbarnya yang diadakan di ibu pejabat DAP, di sini, hari ini. Dalam kenyataannya baru-baru ini, Koh Tsu Koon menganggap portfolio baru bagi menguruskan hal ehwal agama bukan Islam yang ditubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau di bawah pimpinan Lim Guan Eng hanya untuk mencari publisiti. Sebelum itu, Ahli Parlimen Jerlung, Datuk Mukhriz Mahathir turut mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab dalam kritikannya terhadap Lim Guan Eng kerana menubuhkan portfolio tersebut. Menurut Lim Guan Eng, beliau amat hairan dengan kritikan Datuk Mukhriz dan Koh Tsu Koon terhadap portfolio yang ditubuhkannya itu, pada hal di Perak di bawah pentadbiran BN, portfolio yang mempunyai nama dan fungsi seperti itu telah ditubuhkan terlebih dahulu, tetapi tidak pula dikritik. "Di Perak di bawah pimpinan Zambry, fortfolio Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam itu dipegang oleh Datuk Dr Mah Hang Soon. "Porfolio itu ditubuhkan sejak tahun 2009 lalu di Perak, tetapi kita di Pulau Pinang baru menubuhkan portfolio itu tahun 2011. Tapi kenapa yang dibuat oleh kerajaan BN Perak tak dikiritik oleh mereka, yang kita buat pula yang dikritik? "Kenapa yang hitam boleh jadi putih dan yang putih menjadi hitam? Amat pelik sikap mereka itu. Pada mereka apa yang kita buat semuanya tak kena, tak betul. "Orang seperti itu kalau dalam Islam disebut munafik. Untuk tahu lebih lanjut perkara itu, sesiapa pun bolehlah bertanyakan kepada ulama," katanya. Beliau yang turut menyifatkan Toh Tsu Koon sebagai 'burung kakak tua' kepada Umno itu berharap agar menteri berkenaan tidak hanya tahu mengkritik apa yang baik yang dibuat oleh kerajaan Pulau Pinang, tetapi berpandangan lebih jauh dengan sebarang kenyataan yang dikeluarkannya. Begitu juga yang diharapkan oleh beliau terhadap Mukhriz, dengan harapan sebelum mengeluarkan kenyataan yang mengkritik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dengan penubuhan portfolio itu, ia perlu dirujuk dengan apa yang dibuat oleh Kerajaan BN di Perak terlebih dahulu. |
ARTIKEL SEBELUM
24/02/11
Tsu Koon layak menteri 'perpecahan'
NEWS ONLINE
-
Projek Aerotrain baharu di KLIA dijangka siap lebih awal5 bulan yang lalu
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta2 tahun yang lalu
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri4 tahun yang lalu
-
Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil6 tahun yang lalu
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata7 tahun yang lalu
-
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?7 tahun yang lalu
-
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar8 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan10 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MINDA DAN AGAMA
-
Cerita Salasilah2 bulan yang lalu
-
-
Cerita Dari Masjidil Nabawi Madinah3 tahun yang lalu
-
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT6 tahun yang lalu
-
RUMAHKU SYURGAKU6 tahun yang lalu
-
Sajak "Keretapi Malam"9 tahun yang lalu
-
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran10 tahun yang lalu
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH11 tahun yang lalu
-
-
-
-
DALIL TENTANG MAULID NABI MUHAMMAD SAW11 tahun yang lalu
-
-
Sebenar-benar sahabat13 tahun yang lalu
-
Jahil Masyuk!14 tahun yang lalu
posting terkini dari batuvskayu
Sukan
-
-
Announcing Nas.io2 tahun yang lalu
-
Sotong Goreng Tepung..7 tahun yang lalu
-
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (Nov. 2016)7 tahun yang lalu
-
Pic Viral Benzema in Arsenal FC9 tahun yang lalu
-
KITA MENANG LAPAN KALI!!!!!12 tahun yang lalu
-
-