| Harakahdaily |
| SHAH ALAM, 22 Feb: Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin mendakwa Umno Selangor dalang dalam penerbitan dan penyebaran akhbar Selangor Terkini. Bercakap pada sidang media di bangunan SUK hari ini beliau berkata, perkara itu jelas apabila akhbar tersebut diedar bersama kalendar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang Abdul Shukor Idrus pada Sabtu lalu ketika sambutan Maulidur Rasul. Selain menggunakan logo rasmi kerajaan Selangor tanpa kebenaran,akhbar itu juga didakwa menabur fitnah dan cuba mengaburi pemikiran rakyat dengan bertindak menghentam pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Sehubungan itu beliau mendesak Kementerian Dalam Negeri dan pihak polis menyiasat perkara itu lebih terperinci sama ada ianya disengajakan atau kebetulan. “Kami desak Kementerian Dalam Negeri, kerajaan, polis untuk siasat lebih terperinci dakwaan bahawa Umno Selangor terlibat. “Malah penggunaan logo rasmi tanpa kebenaran adalah kesalahan serius kerana tidak menghormati undang-undang dan Sultan Selangor. Inilah penderhakaan sebenar,” katanya. Beliau juga memberitahu akan menyerahkan bukti terbaru itu kepada pihak polis hari ini. Ketika ditanya dalang utama disebalik akhbar itu, beliau berkata “Datuk Noh Omar sebahagian daripada Umno Selangor.” Faekah berkata akhbar itu juga tidak mempunyai lesen penerbitan. Pada 17 Januari lalu kerajaan Negeri melalui seorang pegawai kanan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam terhadap akhbar berkenaan. Namun menurut Faekah, pihaknya masih tidak menerima maklumat mengenai perkembangan terkini hasil siasatan terhadap laporan yang dibuat. Menurut Faekah, pihaknya sedia memberi bantuan kepada polis dengan mendapat khidmat penyiasat persendirian bagi mencari dalang disebalik penerbitan akhbar terbabit. |
ARTIKEL SEBELUM
22/02/11
Selangor Terkini: Faekah dakwa Umno Selangor terlibat
NEWS ONLINE
-
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta3 tahun yang lalu
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri6 tahun yang lalu
-
Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil7 tahun yang lalu
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata8 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni9 tahun yang lalu
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar10 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan11 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MINDA DAN AGAMA
-
Abu Bakar bukan ceti dan Umar bukan penzinaSeminggu yang lalu
-
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan6 tahun yang lalu
-
Ayat Penawar Sakit6 tahun yang lalu
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT7 tahun yang lalu
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?9 tahun yang lalu
-
Sajak "Keretapi Malam"11 tahun yang lalu
-
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran12 tahun yang lalu
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH12 tahun yang lalu
-
-
-
-
DALIL TENTANG MAULID NABI MUHAMMAD SAW13 tahun yang lalu
-
-
Sebenar-benar sahabat14 tahun yang lalu
-
Jahil Masyuk!16 tahun yang lalu
-
MENGENAL DIRI YANG KE 7816 tahun yang lalu
posting terkini dari batuvskayu
-
Perutusan Dari Tun Mahathir6 tahun yang lalu
Sukan
-
-
Announcing Nas.io3 tahun yang lalu
-
The Return Of "MakHangpa"9 tahun yang lalu
-
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (Nov. 2016)9 tahun yang lalu
-
Arsenal bakal sambar Reus10 tahun yang lalu
-
KITA MENANG LAPAN KALI!!!!!14 tahun yang lalu
-
-

