Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan semula ke atas saksi pendakwaan Dr Seah Lay Hong oleh timbalan pendakwa raya Noorin Badaruddin.
Semalam, doktor kanan dari Jabatan Kimia itu memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menemui satu sampel “DNA Y” yang tidak dikenali pada satu bahagian di seluar dalam pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Di samping itu, satu sampel DNA lain juga telah ditemui. Sampel ini ditemui di salah satu spesimen yang diambil daripada bahagian anus dan usus besar Saiful.
Penemuan DNA lelaki misteri inilah yang menjadi perhatian di peringkat perbicaraan ini.
Sementara itu, pihak pembelaan juga dijangka menyoal balas Seah hari ini.-mkini