ARTIKEL SEBELUM

7/02/11

Klip ‘kekayaan’ Taib Mahmud yang terhangat di internet



KUALA LUMPUR: Sebuah video dokumentari bertajuk ‘Bloody Wealth’ atau ‘Harta Berdarah’ Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud di laman youtube, hari ini hampir mencecah 30,000 penonton dalam masa singkat.

Video yang mengulas kronologi pentadbiran Taib Mahmud sejak 30 tahun lalu itu dimuat naik dari akaun ‘tarnaktaib’ sejak 18 Disember 2010.

Antara yang didedah dalam klip hampir lima minit itu adalah persoalan mengenai kekayaan Taib Mahmud sedangkan rakyat Sarawak antara paling miskin di Malaysia.

Video dengan suara latar berbahasa Melayu, mengupas dakwaan kerosakan di Sarawak, termasuk pengambilan tanah orang Penan, monopoli pembalakan dan peranan keluarga Taib Mahmud dalam pentadbiran di Sarawak.

Ia turut memetik laporan dari blog Sarawakreport.com yang mendakwa Taib mempunyai harta kekayaan berjumlah USD80 juta di Kanada dan USD60 juta di London.

Selain itu, peranan syarikat Cahaya Mata Sarawak atau disebut sebagai ‘Chief Minister & Sons’ dipapar melalui montaj imej dan didakwa ‘menyapu’ semua projek pembinaan jalan raya, memasang paip dan membina kilang.

Turut disentuh ialah kongkongan melampau terhadap media di Sarawak dan kekangan terhadap aktivis yang mempejuang nasib rakyat Sarawak dengan memperalat polis dan samseng.keadilandaily.com

.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud