ARTIKEL SEBELUM

15/02/11

Kes 'kekosongan kerusi Pelabuhan Klang' didengar Khamis

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Shah Alam akan mendengar Khamis ini, satu saman mengenai kerusi DUN Pelabuhan Klang yang dipertikaian.

Kontroversi DUN Pelabuhan Klang timbul setelah Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengisytiharkan kerusi itu kosong 16 Januari lalu, dengan mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan.

Bagaimanapun, 24 Januari, Badrul Hisham memfailkan memohon pengisytiharan bahawa beliau masih ADUN yang sah untuk kawasan pilihan raya itu dan sehubungan itu, beliau berhak menghadiri semua persidangan DUN.

Teng mendakwa jawapan afidavitnya difailkan Khamis beliau dilindungi Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan daripada mana-mana tindakan undang-undang Badrul Hisham.

Beliau menambah Artikel 77 undang-undang Perlembagaan Selangor bertajuk “Kuasa-kuasa dan Keistimewaan DUN” juga memberikan beliau imuniti daripada disaman sebagai Speaker.

Teng berkata, perenggan tiga Jadual Artikel 77 Undang-undang Perlembagaan Selangor 1959 bertajuk “Kuasa-kuasa dan Keistimewaan DUN” juga memberi beliau imuniti daripada proseding undang-undang, termasuk oleh Badrul Hisham.

Speaker itu juga memberi contoh Artikel 69 perlembagaan negeri bahawa beliau mempunyai kuasa mengisytiharkan kerusi itu kosong jika seseorang ADUN tidak hadir persidangan tanpa bercuti selama enam bulan.

Pada 7 Februari, Mahkamah Tinggi Shah Alam memberi injunksi sementara menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengadakan mesyuarat berkaitan status Badrul Hisham sehingga 17 Februari sementara menunggu saman permulaan difailkan beliau didengar.

Badrul Hisham, memenangi kerusi Pelabuhan Klang atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum 2008, keluar daripada parti itu pada Oktober 2009 menjadi ADUN Bebas sebelum menyertai UMNO pada Mei tahun lalu. - Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud