Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 11 Feb: Hari Kekasih atau nama sambutan yang lebih dikenali sebagai Valentine’s Day sekali lagi mendapat perhatian semua pihak terutama kepada pendirian Pakatan Rakyat. “Hari Kekasih ini menjadi perhatian kerana melibatkan isu pengawasan moral atau moral policing,” kata Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin. AMK, katanya melihat wujud unsur-unsur hipokrasi yang jelas dan nyata di peringkat Umno BN khususnya dalam soal itu, yang jelas kelihatan mahu memerangkap dan memasung minda rakyat agar lari daripada fokus sebenar yang sewajarnya diberikan secara tepat mengenai isu ini. Menurutnya, AMK berpendapat terdapat dua hal yang harus diberi perhatian iaitu perbincangan dan musyawarah di kalangan Pemuda Pakatan iaitu Dewan Pemuda PAS, Pemuda Sosialis DAP dan AMK perlu diadakan. Ini, katanya bagi mendapat persefahaman dan dasar pendirian yang boleh dikongsi secara bersama tanpa menafikan beberapa hal berbeza dari segi pendekatan. “Dalam hal ini pihak AMK yakin bahawa permuafakatan Pakatan Rakyat membincangkan hal-hal termasuk isu sensitif membuktikan kesediaan Pakatan Rakyat menerima perbezaan dan memberikan dasar yang terbaik kepada rakyat,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Selain itu, ujarnya AMK percaya bahawa pendekatan dakwah secara mendidik adalah merupakan penyelesaian manusiawi yang lebih mampan dan jangka masa panjang. Tambahnya, pendekatan mendidik yang dibawa Pakatan Rakyat akan membetulkan imej negatif yang dicanang oleh Umno BN. Menurutnya, menjangkau 54 tahun Malaysia di bawah kepimpinan Umno, Islam dilihat rigid dan sentiasa dalam keadaan terancam, dan dalam masa yang sama dimensi penyelesaian hanya dihadkan kepada kepompong yang sempit. “Menyedari hakikat inilah, pendekatan yang lebih hikmah sewajarnya diambil oleh Pemuda Pakatan demi memastikan penyelesaian yang konstruktif dapat diambil ke arah mencari jalan penyelesaian yang wajar,” katanya lagi. |
ARTIKEL SEBELUM
11/02/11
Hari Kekasih: Umno BN pasung minda rakyat
NEWS ONLINE
-
Projek Aerotrain baharu di KLIA dijangka siap lebih awal7 bulan yang lalu
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta2 tahun yang lalu
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri5 tahun yang lalu
-
Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil6 tahun yang lalu
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata7 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar8 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan10 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MINDA DAN AGAMA
-
BERPINDAH SEKOLAH TEMPAT BERKHIDMATSeminggu yang lalu
-
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan5 tahun yang lalu
-
Ayat Penawar Sakit5 tahun yang lalu
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT6 tahun yang lalu
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?8 tahun yang lalu
-
Sajak "Keretapi Malam"10 tahun yang lalu
-
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran11 tahun yang lalu
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH11 tahun yang lalu
-
-
-
-
DALIL TENTANG MAULID NABI MUHAMMAD SAW12 tahun yang lalu
-
-
Sebenar-benar sahabat13 tahun yang lalu
-
Jahil Masyuk!14 tahun yang lalu
-
MENGENAL DIRI YANG KE 7814 tahun yang lalu
posting terkini dari batuvskayu
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 tahun yang lalu
Sukan
-
-
Announcing Nas.io2 tahun yang lalu
-
The Return Of "MakHangpa"7 tahun yang lalu
-
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (Nov. 2016)8 tahun yang lalu
-
Arsenal bakal sambar Reus9 tahun yang lalu
-
KITA MENANG LAPAN KALI!!!!!12 tahun yang lalu
-
-