ARTIKEL SEBELUM

5/02/11

Hamba Pulak Naik Tocang!!

Wakil Rakyat adalah wakil kepada rakyat. Bertugas dan berkhidmat untuk rakyat. Kerajaan adalah pengurus kepada rakyat untuk kesejahteraan rakyat. Polis untuk menjaga nyawa dan kemaslahatan rakyat. Tentera untuk menjaga tanah-air dan keselamatan rakyat. Gaji mereka dari pelbagai cukai yang diambil dari rakyat. Mereka sebenarnya berkhidmat dan rakyat sebagai tuan.

Tetapi apa yang berlaku nampaknya sebaliknya. Apabila mereka naik menjadi pemimpin, rakyat diperhambakan. Mereka menjadi pemimpin yang pekak badak. Tak dengar suara rakyat. Menzalimi dan memenjara rakyatnya sendiri. Mereka hidup mewah dan membiarkan rakyat miskin dan merempat agar mudah diperhambakan. Polis dan tentera menjadi hamba pulak kepada pemimpin untuk memeras rakyat. Ianya bukan sekarang tetapi sejak Firaun, Namrud sehingga ke hari kiamat.

Apakah mereka lahir dari buluh betung? Apakah mereka turun dari buih kayangan dan anak Tuhan? Apakah darah mereka tidak merah??? Mereka menjadi kaduk naik junjung. Tidak sedar diuntung. Siapa yang mampu menurunkan mereka?... Rakyat!!! Kenyataan Mubarak apabila didesak supaya turun. pandai pulak dia mengelak... "Kalau dia turun jawatan, negara akan huru-hara"... Negara huru-hara sebab beliau tak turun le.. Pemimpin apabila jadi pemimpin dirasakan beliau sahaja yang pandai... semua rakyat bodoh???

Begitu jugalah manusia dengan Tuhannya. Semua mewarisi dari ni’mat Tuhan tetapi akhirnya menjadi penderhaka tegar kepada Allah Swt. Layaklah mereka ini diazab didunia dan akhirat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta demontrasi di Kuala Lumpur dan dimana-mana tempat kelmaren. Umat Islam seperti satu jasad. Rasulullah saw memerintah saling membantu dan mengukuhkan sesama mereka. Baginda mengumpakan jari jemari yang disilangkan antara satu sama lain. Solodariti yang ditunjukkan menggambarkan kebersamaan umat Islam dengan rakyat di Mesir yang menentang pemerintahan Zalim di Mesir.

Demontrasi aman sebenarnya ada dimana-mana tetapi tugas pegawai keselamatan pula sebaliknya. Mereka ini berperangai dimana-mana. Kematian dan kekacaun di Mesir adalah provokasi mereka.
Munasabahlah tiada siapa mengeluarkan air-mata diatas kematian mereka!!!

Polis melepaskan tembakan meriam air ke atas kira-kira 3,000 rakyat Malaysia (wartawan yang hitung ni…) yang menyertai perhimpunan di luar kedutaan Amerika hari ini, menuntut supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletak jawatan.

Selepas solat Jumaat di Masjid Al-Shakireen Masjid di taman KLCC dan masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak, para jemaah berarak membawa kain rentang yang mengecam Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Dengan memanggilnya "Yasqut Mubarak" (Mubarak turun!) Dan "Yahya al-Sha`ab! "(hidup rakyat!), kedua-dua kumpulan tersebut berarak menuju ke Jalan Tun Razak.

Mereka menuju ke arah Kedutaan Amerika beberapa ratus meter dari masjid Tabung Haji di mana mereka berusaha untuk menyerahkan memorandum kepada pegawai kedutaan tersebut.

Mereka semua ini jangan sekadar menyebut: "Saya diarah". Saya hanya mengikut perintah" Saya hanya menjalankan tugas". Ingatlah mereka bahawa mereka akan turut sama dipertanggungjawabkan sebagaimana Firman Allah bahawa mereka semua akan turut sama terpalit dan termasuk dikalangan orang yang terkena siksa...

إِنَّ فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَجُنُودَهُمَا كَانُوا خَاطِئِينَ
"Sesungguhnya Firaun dan Haman berserta tentera-tentera keduanya, semuanya tergolong dikalangan orang yang bersalah". Surah al-Qasas: 8.

ustaz saiful

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud