ARTIKEL SEBELUM

8/02/11

Dicampak selepas rogol


HAMDAN menunjukkan gambar wanita mangsa pukul dan rogol yang masih belum dikenal pasti identitinya pada sidang akhbar di Seremban semalam.


SEREMBAN – Polis sedang mencari ahli keluarga seorang wanita yang ditemui dalam keadaan menyedihkan apabila dia bukan sahaja dirogol, malah turut dipukul sebelum dicampak di tepi jalan berhampiran lampu isyarat di Port Dickson dekat sini baru-baru ini.

Lebih memburukkan keadaan, wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu koma selepas mengalami kecederaan parah di belakang kepala. Dia kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, wanita berketurunan Cina itu ditemui oleh orang awam pada pukul 6.35 pagi Jumaat lalu sebelum menghubungi ambulans.

Katanya, ketika ditemui, wanita yang pengsan itu memakai kemeja berwarna merah dan seluar jean paras lutut.

“Pemeriksaan mendapati tengkorak pada belakang kepala mangsa retak dipercayai dipukul dengan objek tumpul dan keras. Selain itu, mangsa dipercayai telah dirogol,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.- kosmo

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud