SHAH ALAM 13 FEB : Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mendakwa orang Melayu akan hilang kuasa politik jika mereka terus menggunakan pertimbangan “kurang bijak” dalam menilai isu-isu semasa sebagaimana yang berlaku pada pilihanraya umum tahun 1999.
Merujuk kepada kes mata lebam Anwar Ibrahim yang menjadi isu utama pada PRU itu, Mahathir mendakwa BN mengekalkan majoriti dua pertiganya hanya kerana sokongan pengundi Cina yang tidak mempedulikan isu “mata siapa hitam dan siapa yang mmenghitamkan mata itu.”
Keprihatinan pengundi Melayu terhadap isu mata lebam Anwar, menyebabkan Umno kehilangan 300,000 undi ketika itu, kata Mahathir pada pada seminar membincangkan masa depan orang Melayu di Kuala Lumpur semalam.
Isu mata lebam Anwar dilihat sebagai menzahirkan segala kepincangan sistem keadilan, dan kewibawaan rapuh badan kehakiman dan polis sepanjang pemerintahan 22 tahun Mahathir.
Ulasan mantan Perdana Menteri itu dilihat menempelak kaum Melayu sebagai bangsa yang mementingkan “perkara-perkara remeh” dan kaum Cina pula kononnya lebih mengutamakan kedudukan ekonomi daripada isu-isu kemanusiaan.
“Pada tahun 1999, hanya kerana mata hitam itu, Umno hilang 300,000 undi. Tetapi yang pelik ialah kemenangan Barisan Nasional ialah kerana orang Cina pun sokong BN…kerana mereka tidak hirau tentang mata hitam,” kata Mahathir.
“Orang Cina tak soal mata siapa hitam dan siapa yang menghitamkan mata itu,” tambah beliau.
Insiden mata hitam merujuk kepada kecederaan yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah beliau di pukul oleh ketua polis Negara Rahim nor dalam lokap, setelah Mahathir memecat anwar dari kerajaan dan Umno pada September 1998.
Anwar kemudian ditahan dibawah akta keselamatan dalam negeri sebelum dihadapkan atas tuduhan fitnah liwat dan rasuah. Mahathir pula memberitahu media Anwar mungkin mencederakan dirinya ketika dalam tahanan polis.
Insiden mata lebam Anwar mencerminkan segala ketidak adilan kerajaan pimpinan Mahathir yang didakwa bersekongkol dengan polis untuk menindas Anwar yang akhirnya terpaksa merengkok enam tahun dalam penjara.
Mahathir dikatakan memecat Anwar atas pelbagai motif politik termasuk menyekat pengaruh timbalan perdana menterinya yang ketika itu yang semakin lantang membicarakan isu-isu kronisme dan rasuah dalam kerajaan dan Umno.
Dalam ucapannya semalam, Mahathir berkata insiden mata lebam Anwar tidak penting bagi pengundi Cina ketika itu.
Apa yang diutamakan oleh pengundi Cina, menurut Mahathir ialah, kedudukan ekonomi mereka.
“Orang Cina telah menyokongkan BN kerana kita berjaya mengatasi masalah matawang kita. (Oleh kerana itu), mereka yang hampir bankrap telah diselamatkan. Oleh itu sokongan mereka begitu kuat sekali dan kita masih mendapat dua pertiga daripada kerusi di Dewan Rakyat,” kata Anwar.
Mahathir berkata beliau kesal kerana pengundi Melayu tidak mempunyai pemikiran yang sealiran dengan kaum cina dalam membuat pilihan mereka.
“Bagi orang Melayu, bukan soal negara kita terselamat daripada penyangak matawang. Itu tak penting, yang penting ialah mata hitam. Dengan kerana mata hitam itu saja, dapat undi. Orang Umno sendiri undi parti lawan kerana zalimnya pemimpin pada ketika itu,” kata Mahathir dengan sinis.
Mahathir membidas kaum Melayu kerana cenderung menitik beratkan soal-soal kemanusiaan dan hak asasi seperti isu mata lebam Anwar. Beliau member amaran pemikiran sebegitu hanya akan memakan diri mereka.
“Perkiraan kita tidak begitu bijak. Kita mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak penting, perkara yang remeh. Sebaliknya orang Cina mengambil kira tentang terselamatnya mereka kerana kita selamatkan kewangan kita,” kata Mahathir.
“ Asas membuat keputusan antara Melayu dan Cina ini berlainan sama sekali. Kalau kita tidak bijak, satu hari kita akan hilang kuasa,” tambah Mahathir.