ARTIKEL SEBELUM

12/02/11

Akhirnya Hosni Mubarak Letak Jawatan, Serah Kuasa Kepada Tentera




KAHERAH 11 Feb - Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman mengumumkan bahawa Hosni Mubarak telah melepaskan jawatannya sebagai presiden negara itu dan menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada pihak tentera.

Pengumuman yang dibuat oleh Omar itu disiarkan secara langsung dalam televisyen nasional lewat petang Jumaat (waktu Mesir).

Sebelum itu, para penunjuk perasaan telah bersorak gembira di jalan-jalan raya dan di Medan Tahrir iaitu pusat berkumpulnya rakyat Mesir sebaik sahaja berita mengenai perletakkan jawatan Hosni diumumkan.

"Mengambil kira segala kesukaran yang sedang dihadapi oleh negara kita, Presiden Mohammed Hosni Mubarak telah memutuskan untuk meletakkan jawatannya sebagai pemimpin negara dan menyerahkan tugas untuk mentadbir kepada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir," kata Suleiman di dalam pengumumannya itu.

Sejurus sebelum pengumuman itu dibuat, Hosni yang kini berusia 82 tahun telah meninggalkan ibu negara untuk berada di Sharm el-Sheikh berhampiran Laut Merah iaitu tempat istirehat presiden untuk sekian lama.

Sebaik sahaja berita mengenai perletakkan jawatan Hosni tersebar luas, kedengaran pekikan "Allahu Akbar" dan sorakan kejayaan beribu-ribu penunjuk perasaan yang membanjiri jalan-jalan utama. Ada yang membakar mercun dan bunga api tanda gembira.

Di Medan Tahrir, ada di antara penunjuk perasaan yang pengsan seolah-olah tidak mempercayai apa yang mereka dengar dan tidak sangka gerakan massa yang mereka anjurkan membawa kepada kejatuhan seorang presiden yang telah berada di tampuk kekuasaan selama 30 tahun.

Warga Mesir telah menganjurkan tunjuk perasaan sejak dua minggu berturut-turut tanpa putus.

Dua hari yang lalu, Hosni Mubarak masih ingin bertahan di kerusi presiden walaupun dia membuat pengumuman bahawa kuasa mentadbir telah diturunkan kepada naibnya. Namun begitu pengumuman tersebut masih tidak meredak

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud