Harakahdaily |
PULAU PINANG,: ADUN Umno didakwa telah membuat tuduhan melulu dan dakwaan palsu terhadap kerajaan Pulau Pinang apabila mendakwa bahawa risalah "My Balik Pulau" diterbitkannya. "Sebenarnya ADUN Umno ini meludah ke langit kerana yang mengeluarkan risalah "My Balik Pulau" bukanlah kerajaan negeri PR Pulau Pinang tetapi adalah dari UMNO dan Kerajaan Persekutuan," kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Akhbar Umno Utusan Malaysia baru-baru ini menyiarkan dakwaan Adun Pulau Betung, Muhamad Farid Saad kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang PR bertanggungjawab atas isi kandungan yang kononnya "lupa sejarah, hina Melayu" kerana mengeluarkan risalah "My Balik Pulau" ini. "Sebenarnya ADUN Umno ini meludah ke langit kerana yang mengeluarkan risalah "My Balik Pulau" bukanlah kerajaan negeri PR Pulau Pinang tetapi adalah dari Umno dan Kerajaan Perseketuan. "Sekiranya betul "My Balik Pulau" lupa sejarah dan hina Melayu, maka yang lupa sejarah dan hina Melayu tidak lain tidak bukan adalah Umno dan Kerajaan Persekutuan sendiri," kata Lim Guan Eng. Ini kali kedua Adun ini membuat kenyataan yang pelik dan simpang siur. Sebelum ini Harakahdaily menyiarkan kenyataan beliau dalam satu forum yang mempersalahkan pimpinan Umno terhadap kemunduran Melayu di Pulau Pinang. "Pada 23hb Nov, melalui pihak Media saya telah meminta supaya pihak Harakah untuk meminta maaf diatas artikel yang dikeluarkan dimuka depan, bertajuk ADUN BN Akui Umno Punca tanah Melayu Terhakis yang diterbitkan dalam Harakah Daily dan Akhbar Harakah (11 & 12 Nov.). "Sehubungan itu, saya telah memberikan tempoh 14 hari, jika tidak saya akan mengambil tindakan mengikut undang-undang. "Hari ini 14 hari telah berlalu. Saya masih tidak mendapat apa-apa khabaran daripada pihak Harakah. "Saya mempunyai pilihan sekarang ini untuk samaada meneruskan tindakan menyaman akhbar tersebut atau membiarkan sahaja isu ini terus diputar belitkan dalam ceramah-ceramah dipentas politik PAS. "Setelah memikirkan sedalam-dalamnya, saya membuat keputusan untuk memaafkan pihak wartawan pelapor dan penerbit Akhbar Harakah dan Harakah Daily diatas perlapuran yang tidak tepat dan yang telah menjejaskan imej saya," kata Muhamad Farid dalam kenyataannya. Dalam kes kali ini, Lim Guan Eng berkata, apa yang amat keterlaluan ialah ADUN Pulau Betong dan Utusan Malaysia telah membuat lapuran berturut-turut mengecam kerajaan negeri PR yang mengeluarkan bahan lupa sejarah, hina Melayu bila Umno dan kerajaan Perseketuanlah yang sepatutnya bertanggungjawab. Malah, katanya, dalam bahan risalah "My Balik Pulau" pun ada dicetak nama penyumbang yang terdiri daripada Kementerian Pelancongan Kerajaan Perseketuan dan pemimpin UMNO Balik Pulau termasuk pusat sumber Muhammad Farid sendiri. Akan tetapi semua jentera media massa Umno dan blog serta Utusan Malaysia terus menyebarkan fitnah terhadap kerajaan negeri PR kerana terus pinggirkan orang Melayu, katanya. Kata Lim, dalam keghairahan buat serangan hentam-keromo ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang semua fakta dan kebenaran dilupai dan dibelakangkan. Sungguhpun, kata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP itu, yang "bersalah" adalah Umno dan kerajaan persekutuan sendiri dan kenapa pula serangan bertubi-tubi dijalankan ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang dan dijadikan kambing hitam. Kerajaan negeri PR Pulau Pinang tidak akan berdiam diri dan menanggung lagi kesalahan orang lain, khususnya Umno yang jahat seribu jahat ini. "ADUN Umno Pulau Betong didesak menarik balik dan meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri PR atas fitnah jahat ini. Sekiranya beliau gagal pada minggu depan maka tindakan tegas akan diambil," katanya. Selain daripada mendedahkan muka rasis sebenarnya beliau kepada pengundi bukan Melayu di Balik Pulau bahawa beliau benci dan tidak perlukan undi bukan Melayu tindakan lain termasuk tindakan perundangan akan diambil. Kemungkinan juga perkara ini dibangkitkan dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang atas permainan perkauman ADUN Pulau Betong yang mahu melihat ketegangan kaum wujud dan suasana harmoni serta baik di kalangan rakyat Pulau Pinang retak sama sekali. "Politik rasis dan benci-membenci Umno dan BN ini untuk menutup skandal rasuah mereka mestilah dilawan berhabis-habisan, yang jelas sebagai reaksi terhadap pembongkaran skandal RM30 juta Pulau Jerejak yang berlaku di bawah Tan Sri Koh Tsu Koon yang serahkan Pulau Jerejak habis kepada UDA," dakwa beliau. |
ARTIKEL SEBELUM
6/02/11
Adun Pulau Betung ludah ke langit sendiri
NEWS ONLINE
-
Projek Aerotrain baharu di KLIA dijangka siap lebih awal5 bulan yang lalu
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta2 tahun yang lalu
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri4 tahun yang lalu
-
Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil6 tahun yang lalu
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata7 tahun yang lalu
-
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?7 tahun yang lalu
-
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar8 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan10 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MINDA DAN AGAMA
-
Cerita Salasilah3 bulan yang lalu
-
-
Cerita Dari Masjidil Nabawi Madinah3 tahun yang lalu
-
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT6 tahun yang lalu
-
RUMAHKU SYURGAKU6 tahun yang lalu
-
Sajak "Keretapi Malam"9 tahun yang lalu
-
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran10 tahun yang lalu
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH11 tahun yang lalu
-
-
-
-
DALIL TENTANG MAULID NABI MUHAMMAD SAW11 tahun yang lalu
-
-
Sebenar-benar sahabat13 tahun yang lalu
-
Jahil Masyuk!14 tahun yang lalu
posting terkini dari batuvskayu
Sukan
-
-
Announcing Nas.io2 tahun yang lalu
-
Sotong Goreng Tepung..7 tahun yang lalu
-
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (Nov. 2016)7 tahun yang lalu
-
Pic Viral Benzema in Arsenal FC9 tahun yang lalu
-
KITA MENANG LAPAN KALI!!!!!12 tahun yang lalu
-
-