ARTIKEL SEBELUM

17/01/11

PRK Tenang - Bini bertanding lelaki kena tukar, tapi pengarah berkempen tak ambil kisah pulak ?

tenang by election pas announce candidate 160111 normala sudirman with husband


















Kementerian Pelajaran Johor cuba menukar suami kepada calon PAS di Tenang Normala Sudirman daripada kawasan itu ke Johor Bahru atas alasan beliau tidak dapat "mengawal isterinya".

Ditemui ketika PAS mengumumkan calon malam tadi, Makrof memberitahu Malaysiakini bahawa beliau menerima notis pertukaran beberapa hari lagi apabila spekulasi isterinya akan bertanding pada 30 Januari ini bertiup kencang.

Menurut Makrof, notis pertukaran itu tidak menyatakan sebarang sebab.
Arahan tiba-tiba itu, yang mengarahkan Makrof Abd Mutalib dipindahkan dalam 24 jam bagaimanapun ditarik semula selepas beberapa bantahan.


"Guru besar beritahu, ia kerana saya gagal kawal isteri, merujuk kepada penyertaan politiknya dalam PAS," kata Makrof yang telah mengajar di Tenang sejak 13 tahun.


Pengarahnya Markom Giran bagaimanapun memberi amaran kepada Makrof Abdul Mutalib supaya tidak terlibat dalam sebarang kempen membantu Normala yang mesra dikenali sebagai “Cikgu Mala”.

Normala, bekas guru dekat Segamat, meletakkan jawatan baru-baru ini untuk berkhidmat sepenuh masa dengan parti.

Menurut Makrof, notis pertukaran itu merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap guru yang anggota keluarganya menyokong pembangkang.


Tonton video bawah pengarah berkempen untuk BN kenapa tak di tukar ? memang sial

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud