ARTIKEL SEBELUM

6/01/11

MB dakwa kenyataan media bukan daripada Sultan

kosmo.

KERATAN Kosmo! semalam.


SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Selangor kelmarin mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi bukanlah kenyataan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sebaliknya, Abdul Khalid mendakwa ia kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dan tidak mewakili baginda.

"Baginda Sultan faham mengenai perkara itu tetapi kenyataan yang dikeluarkan semalam adalah interpretasi Mohamad Munir sendiri.

"Berhubung pindaan Perlembagaan Negeri tahun 1993 pula, Sultan dan Menteri Besar ada hak dalam pemilihan tiga pegawai kanan kerajaan negeri berkenaan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Exco di bangunan SUK di sini semalam.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud