2.50 petang: Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar menolak kemungkinan akan memanjangkan masa mengundi ekoran kejadian banjir di beberapa pusat pengundian kerana tindakan tersebut tidak dibenarkan di dalam undang-undang pilihanraya.
2.45 petang: SPR mengumumkan setakat jam 2 petang tadi, jumlah keluar mengundi ialah 61.17 peratus atau 9025 pengundi. Turut dilaporkan jalan ke Kg Tenang, Ayer Panas, Ulu Juaseh, Felda Tenang, Kg Redong dan Sawah Bahru tidak dapat dilalui oleh kenderaan kerana banjir. 2 pusat pengundian di Labis Timor banjir dan tidak boleh dimasuki oleh pengundi.
2.40 petang: Jalan Ibrahim di Pekan Labis dilaporkan terpaksa ditutup oleh pihak polis. berikutan jalan tersebut sudah ditenggalami air sehingga paras pinggang. Sementara itu, calon PAS meneruskan lawatan ke pusat pengundian ke Ladang Labis Utara.
2.35 petang: Berlakunya satu kejadian di Tenang Station yang mendakwa MCA Tenang mengeluarkan cek berjumlah RM3,000 kepada penduduk Cina di sana untuk mengundi BN. Dakwaan dibuat oleh DAP dan beritanya boleh dibaca di SINI.
2.15 petang: Menurut satu laporan media PAS, di kotak pengundi di UPU Labis yang mempunyai majoriti penduduk Cina, hanya 23.6% sudah keluar mengundi dengan 20% pengundi Cina yang keluar mengundi setakat jam 2 petang tadi.
1.50 petang: Hujan semakin baik di beberapa kawasan di Tenang. Muhyiddin yakin keadaan hujan pada waktu pagi tadi tidak akan menggugat harapan BN untuk memperolehi undi majoriti sebanyak 5000 undi dan sasaran SPR jumlah pengundi keluar iaitu 80 peratus akan tercapai.
UPU Tenang Station – Banyak kenderaan terkandas 3 km dari Pekan Labis ke Tenang Station. Air banjir masih deras dengan satu haluan jalan saja yang dibuka.
1.20 petang: Setakat jam 1 petang, jumlah keluar mengundi di Tenang ialah 8,167 pengundi atau dalam peratusan 55.36 peratus menurut SPR.
Cikgu Mala tiba di pusat mengundi Dewan Bola Jaring JKKK Labis melihat proses pembuangan undi di situ
1.00 petang: Penganalisa trend pilihanraya bebas, Zentrum Future Studies memaklumkan BN kini berada di hadapan dengan kepercayaan politik sebanyak 59.5 peratus dan PAS-PR pula memperolehi 40.5 peratus setakat jam 12 tengah hari tadi.
Sementara itu, trak dan kenderaan askar dilihat membantu mangsa banjir di Lembah Bakti dan di pusat pengundian di Sawah Bahru, jumlah keluar mengundi setakat 12.30 tadi sudah mencapai 70.8 peratus.
12.35 petang: Sehingga jam 12 tengah hari, menurut SPR, jumlah keluar mengundi ialah seramai 7219 orang atau 48.93 peratus (hampir separuh).
12.30 petang: Peratusan pengundi Cina yang keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari tadi masih pada tahap rendah. Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching dalam Twitternya menggesa tindakan dilakukan oleh kaum keluarga di Pekan Ayer Nenas dan Labis Tengah supaya keluar mengundi.