Lihatlah bagaimana gemarnya Zulkifli Nordin untuk menghentam DAP dalam perkara ini sehinggakan nama DAP juga yang busuk dalam kes ini.Adakah Zulkifli tidak tahu bahawa bantahan tersebut dibuat oleh seorang peguam yang menjadi AHLI SEUMUR HIDUP MCA?Inilah sikap tidak bertanggungjawab Zulkifli Nordin, yang kononnya mahu mempertahankan Islam,sedangkan tidak berani untuk mencela peguam MCA tetapi mencela pula pihak yang tidak ada kena mengena dengan perkara tersebut.
Ulasan Zulkifli yang mengatakan bahawa Jawi tidak pernah mengeluarkan arahan untuk menyuruh masjid tersebut memperlahankan bunyi azan di masjid tersebut menunjukkan betapa Zulkifli cuba cakap tentang sesuatu perkara yang dia sendiri tidak tahu.Kata orang-orang tua,kalau tidak tahu,diam.Nanti nampak terang-terangan kebodohan diri.Sedangkan pihak Jawi terus membisu dalam hal ini,bagaimana Zulkifli tahu adakah benar Jawi tidak pernah mengeluarkan arahan sebegitu?
Sedangkan seperti apa yang dilaporkan,Ketua Imam masjid itu sendiri telah mengakui menerima arahan daripada pihak atasan untuk memperlahankan bunyi azan di masjid tersebut.Jika imam tersebut menipu, masakan tiada tindakan penafian yang telah dibuat oleh Jawi?
Selain mentaliti Zulkifli Nordin yang menghentam DAP dalam isu ini,para pencacai Umno di facebook juga telah bertindak memburuk-burukkan DAP dalam isu ini.Berikut adalah gambar yang dimuatnaik oleh pemakai nama Tahi Untuk Pas di facebook,sekutu baik Azmy Awang Kelana Jaya: -
/propartiislammalaysia.blogspot.com
Jika inilah kenyataan Zulkifli Nordin,rupa-rupanya diri seorang Penjihad Islam hanyalah setaraf dengan para pencacai Umno di facebook.