| Harakahdaily |
| KOTA BHARU, : Gara-gara berkhutbah mengingatkan umat Islam menghindarkan gejala maksiat menyebabkan seorang imam dipanggil ke Balai Polis bagi diambil kenyataan. Imam Muda Masjid Gong Dermin, Pasir Tumbuh, Rosadi Awang, 50, petang tadi dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu ekoran menyampaikan khutbah Jumaat lalu dengan mengupas tajuk tersebut. Katanya, sudah menjadi kebiasaan di negara ini sambutan tahun baru disambut dengan hiburan dan tarian sehingga larut malam. “Saya sebut dalam khutbah mengingatkan umat Islam supaya menjauhi amalan tersebut kerana ia boleh mengundangkan gejala sosial. “Sepatutnya anggota polis yang mengawal ketenteraman tidak membenarkan perkara seperti berlaku dan bukannya melancarkan program hiburan dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini. Menurutnya juga pegawai polis yang mengambil kenyataannya berhubung perkara itu memberitahu ada laporan polis dibuat penduduk tempatan terhadap khutbah yang disampaikannya. Rosadi berada kira-kira dua jam di IPD untuk diambil kenyataan berhubung isi khutbah yang disampaikan. “Anggota polis datang ke rumah saya kira-kira jam 2 petang tadi dan meminta saya ke balai untuk diambil kenyataan,” ujarnya. Bagaimana kata beliau pihak polis akan memanggilnya semula sekiranya belum berpuas hati terhadap siasatan awal yang dilakukan. Sementara itu Adun Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, imam terbabit menjalankan tugasnya bagi mengingatkan anak mukim supaya menjauhi gejala yang merosakkan. Katanya, perkara itu tidak sepatutnya dipertikaikan kerana gejala sosial sekarang semakin parah terutamanya di bandar-bandar besar. “Namun kerana tidak faham agama mereka tidak mahu isu seperti itu disentuh dalam khutbah mungkin bagi mengelakkan penduduk kampung tahu isu semasa yang berlaku,” katanya. |
ARTIKEL SEBELUM
4/01/11
Gara-gara khutbah, imam dipanggil ke balai polis
NEWS ONLINE
-
Miri bangkit sebagai hab hiburan serantau Borneo6 bulan yang lalu
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta3 tahun yang lalu
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri5 tahun yang lalu
-
Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil7 tahun yang lalu
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata8 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni9 tahun yang lalu
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar9 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan11 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MINDA DAN AGAMA
-
BERPINDAH SEKOLAH TEMPAT BERKHIDMAT10 bulan yang lalu
-
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan5 tahun yang lalu
-
Ayat Penawar Sakit6 tahun yang lalu
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT7 tahun yang lalu
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?9 tahun yang lalu
-
Sajak "Keretapi Malam"10 tahun yang lalu
-
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran11 tahun yang lalu
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH12 tahun yang lalu
-
-
-
-
DALIL TENTANG MAULID NABI MUHAMMAD SAW12 tahun yang lalu
-
-
Sebenar-benar sahabat14 tahun yang lalu
-
Jahil Masyuk!15 tahun yang lalu
-
MENGENAL DIRI YANG KE 7815 tahun yang lalu
posting terkini dari batuvskayu
-
Perutusan Dari Tun Mahathir5 tahun yang lalu
Sukan
-
-
Announcing Nas.io3 tahun yang lalu
-
The Return Of "MakHangpa"8 tahun yang lalu
-
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (Nov. 2016)9 tahun yang lalu
-
Arsenal bakal sambar Reus10 tahun yang lalu
-
KITA MENANG LAPAN KALI!!!!!13 tahun yang lalu
-
-
