
Anwar berkata beliau membuat pelawaan kedua itu selepas tiadanya respons daripada Najib sehingga kini.
Salinan surat itu diedarkan kepada media ketika Najib membuat kenyataan di Tenang, Labis agar Anwar jangan membuat cabaran berdebat supaya tidak “demam”.
“Setelah hampir seminggu berlalu tanpa sebarang jawapan positif daripada Datuk Seri, saya dengan ini mengulangi jemputan kepada Datuk Seri untuk berbahas secara terbuka isu berkaitan kedudukan ekonomi negara dan fakta-fakta yang terkandung dalam Buku Jingga, sebuah dokumen yang menzahirkan harapan dan iltizam Pakatan Rakyat,” kata Anwar.
Anwar berkata, beliau berharap Najib menerima pelawaan debat ini kerana yakin hujah yang bakal diutarakan oleh kedua-dua pihak mampu memberi manfaat kepada usaha memperkukuh amalan demokrasi, penyebaran maklumat tanpa sekatan dan memulihkan kembali ekonomi negara.
Pada Rabu lalu, Najib mengetepikan cabaran Anwar dengan menegaskan, harus ada hasil daripada debat yang hendak diadakan.
“Jika kita mahu debat, mesti ada hasil daripada debat itu.
“Saya tidak melihat perkara itu dan apa yang penting ialah pandangan publik,” kata Najib minggu lalu.
Kata Najib, kedua-dua Pakatan dan BN boleh mengemukakan dasar-dasar ekonomi mereka dan ia harus diputuskan untuk orang ramai. mi
