Peguam ahli MCA yang mengadu mengenai bunyi azan di Masjid Al-Ikhalasiah di Kampung Kerinci, Kuala Lumpur, hari ini memohon maaf kerana mencetuskan kontroversi tersebut.
Ng Kiam Nam, seorang ahli MCA, berkata dia keliru mengenai ceramah dan laungan azan dalam aduannya kepada Jabatan Perdana Menteri mengenai bunyi pembesar suara dari masjid tersebut.
Surat aduannya itu telah mencetuskan bantahan oleh beberapa NGO Islam yang diketuai oleh Majlis Ayahanda Wilayah Persekutuan Jumaat lalu.

"Setiap orang mempunyai kelemahan dan saya mahu meminta maaf kepada semua umat Islam di negara ini di atas salah faham yang terjadi.
"Sebenarnya saya tidak tahu membezakan antara suara azan dan ceramah (kuliah subuh)," katanya.
Ng berkata beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam di negara ini berhubung isu itu serta berharap isu itu tidak disensasikan lagi.

- mkini