ARTIKEL SEBELUM

28/01/11

Adun BN "gabra" kemukakan hujah: Satim Diman berjaya tunjuk lagak sarkas dalam dewan

Kali pertama sebagai Ketua Pembangkang, Dato' Satim Diman (BN-Seri Serdang) dilihat gagal dan "gabra" dalam mengemukakan hujahnya setelah diasak oleh Adun Pakatan Rakyat ketika membahaskan Usul Pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

Di awal perbahasan, Satim terus mempersoalkan tindakan Speaker, Dato' Teng Chang Kim yang memanggil sidang Dun tanpa notis 14 hari, bagaimana pun Teng terus membidas beliau supaya mengingatkan peraturan tetap dewan sebelum membangkitkan sebarang perkara.
"Sebab itu, peraturan mesyuarat kena hafal atau baca khususnya kepada ketua pembangkang," bidas Teng yang diikuti ketawa besar Adun Pakatan Rakyat. Satim turut membangkitkan isu Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching masuk surau dan bersenam tanpa menutup aurat telah menimbulkan kekecohan di dalam dewan.


Ekoran itu, Ng Swee Lim (DAP-Sekinchan) bangun mempersoalkan apa perbezaan bukan Islam tidak tutup aurat dengan orang Islam tidak tutup aurat yang ditujukan kepada isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. "Minta laluan, apa beza orang Islam tidak tutup aurat dengan orang bukan Islam tidak tutup aurat. Macam Rosmah pun tidak tutup aurat?" bidas Ng Swee Lim.
Satim terus berdolak-dalik dan mengecam tindakan wakil rakyat Serdang, dan seolah-olah mempertahankan tindakan Rosmah. Diikuti pula asakan dari Azmin Ali (KeADILan-Bukit Antarabangsa) yang menegaskan menutup aurat adalah hukumnya wajib dan tidak boleh dipertikaikan lagi.

Ekoran hujah yang dangkal, Satim seolah-olah mahu mengelak dan tidak membalas penegasan Azmin dan beralih kepada isu yang lain. Selesai berbahas, Satim kelihatan keluar dewan dan kembali semula selepas waktu rehat jam 2.30 petang.

Dalam pada itu, Subahan Kamal (BN-Taman Templer) yang tiba-tiba membantah dan menuduh Azmin berniat jahat apabila menyebut 'Mamak Bendahara'. Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) menyokong Subahan, dan mendakwa Azmin menggunakan perkataan itu dengan cuba merujuk kepada Subahan dan meminta ia ditarik balik. Bagaimanapun, mereka terdiam setelah dijawab Azmin.

Terdahulu, Azmin dalam ucapannya berkata, Umno sudah lama menikmati kekebalan di bawah pentadbiran 'Mamak Bendahara' dan pihak eksekutif. Bagaimanapun, Azmin pantas membidas kefahaman 'cetek' pembangkang negeri berhubung penggunaan prosa Melayu klasik di mana gelaran 'Mamak Bendahara' dirujuk kepada pembantu utama sultan.

Dr Shafie Abu Bakar (PAS-Bangi) yang dikenali Speaker sebagai pakar bahasa, bangun menjelaskan penggunaan 'Mamak Bendahara' adalah satu pengiktirafan pada zaman Kesultanan Melaka. "Ia satu perkara baik, buat apa nak tarik balik. Bukit Antarabangsa tidak perlu tarik balik, ia bukan penghinaan tetapi adalah satu pengiktirafan," kata Speaker Teng.
/sanggahtoksago.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud