ARTIKEL SEBELUM

22/12/10

USTAZ ZAKARIA SAMAN AKHBAR & ADUN

Ekoran fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu terhadap beliau bersabit khutbah jumaat, Ustaz Zakaria Ahmad menfailkan saman terhadap akhbar Utusan Melayu, NST dan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Shabudin.

"Kenyataan yang menyatakan etika khutbah juga dah tak betul apabila melebihkan Guan Eng berbanding pemimpin agama Islam yang lain serta pengesahan Shabudin sebagai bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam bahawa saya tidak memiliki tauliah untuk membaca khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam adalah bersifat fitnah sedangkan saya mempunyai tauliah sejak 29 Mac 2003 lagi," ujar Ustaz Zakaria.

Ustaz Zakaria Ahmad (gambar) yang bercakap kepada media selepas menemui panel jawatankuasa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di pejabat MAINPP semalam, berkata bahawa tidak menjadi satu kesalahan untuk berdoa (kepada orang bukan Islam).

"Cuma caranya sahaja perlu diperbetulkan. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak MAINPP yang telah membantu bagi memberi panduan mengenai keperluan yang ada dalam isu khutbah ini."

"Namun begitu isu ini hanyalah satu isu kecil. Sebelum ini pun ada orang lain yang membacakan doa dalam khutbah Jumaat kepada pemimpin tetapi kenapa mereka tidak dipanggil?" tanya beliau.


Tambah beliau lagi adalah suatu yang dikesalkan kerana isu sekecil ini telah dipolitikkan oleh mereka yang tidak memahami erti sebenar khutbah Jumaat sehingga sanggup menjadikan ia sebagai modal politik sempit mereka.

Mungkin orang ramai tidak mengenali Ustaz Zakaria Ahmad secara dekat. Ini mungkin disebabkan beliau tidak pernah muncul dalam program- program TV atau radio. Namun bagi yang sering mengikuti kuliah- kuliah pengajian di masjid- masjid terutamanya di sebelah utara semenanjung, beliau merupakan tuan guru yang sangat berilmu dan dihormati.


Kepakaran beliau terutamanya dalam ilmu fiqh tidak dapat dinafikan.Malah adik- beradik beliau merupakan ulama- ulama yang sangat dikenali. Antaranya ialah Mufti Kerajaan Pulau Pinang sekarang serta Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan Pas Pusat.

Oleh itu, langkah UMNO untuk cuba memburukkan imej beliau merupakan suatu kesilapan kerana mungkin mereka tidak mengenali latar belakang beliau.

Kami mendoakan mudah- mudahan segala langkah yang diambil oleh beliau akan dipermudahkan oleh Allah dan akan memberikan pengajaran kepada golongan yang busuk hati terhadap perkembangan Islam.-mtd

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud