KUALA LUMPUR 6 DIS : Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menukar hakim daripada menghakimi kes fitnah 2 ditolak dan digugur Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Dalam pembelaan hakim, Mohd Zabidin Mohd Diah mendakwa tiada bias atau kecenderungan untuk bias jadi permohonan itu perlu ditolak.
Anwar ketika memberi komen kelihatan tenang dan mengesahkan akan membuat permohonan di mahkamah rayuan.
Peguamnya Karpal Singh pula menyatakan kekesalan beliau dengan keputusan ini.
"Beliau sepatutnya berhenti jika timbul keraguan dari orang ramai tentang penghakimannya," tegas Karpal.