Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 21 Dis: Bak kata pepatah bahawa ‘publisiti buruk juga merupakan publisiti’, para pemimpin DAP semalam menyatakan bahawa mereka ‘terharu’ oleh perhatian istimewa yang diberikan oleh akhbar pro Umno, Utusan Malaysia.
Semalam, akhbar itu telah mendedikasikan enam laman termasuk muka depan untuk menyerang DAP, selepas presiden partinya Karpal Singh menjujung untuk mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Pengistiharan Karpal tersebut dilihat sebagai satu ancaman bagi Umno kerana mereka ibarat kehilangan satu senjata berharga untuk menakutkan orang Melayu untuk bersama Pakatan Rakyat. “Utusan memberikan penghormatan khusus kepada DAP dengan enam halaman liputan termasuk muka depan. Kita mesti telah melakukan sesuatu yang benar!” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua di Twitternya. “Ada seorang pemimpin Umno yang telah menasihati Perdana Menteri (Najib Razak) untuk menyuruh Utusan untuk mengurangkan agenda rasisnya setengah tahun yang lalu kerana ia tidak membantu dalam kempen 1Malaysia Perdana Menteri. "Samada Perdana Menteri tengah tidur atau beliau setuju dengan pandangan rasis Utusan, serangan hari ini pada DAP and Guan Eng langsung tak masuk akal,” kata Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong. Kebanyakan serangan Utusan ditujukan pada Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang difitnah oleh akhbar tersebut sebagai seorang yang rasis dan anti-Melayu. Beberapa pemimpin Umno juga melabelkan DAP sebagai alat kepada regim Singapura, sehinggakan ada yang menggesa parti itu diharamkan. Sebelum ini, Utusan juga menuduh bahawa DAP berperanan di sebalik pendedahan WikiLeaks yang memetik Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew sebagai berkata Ketua Pembangkang telah merelakan diri “berjalan masuk ke perangkap sodomi”. Sementara itu, penasihat DAP Lim Kit Siang mencabar Perdana Menteri Najib Razak untuk melaksanakan seruannya yang menyuruh media untuk memainkan peranan sebagai penganjur kesederhanaan dalam mengetengah dan menonjol semula agenda keamanan dan pragmatisme. “Gerakan kesederhanaan boleh meminggirkan ekstremisme dan media mempunyai peranan bermakna untuk dimainkan dalam mencapai mencapai hasrat ini,” kata Najib semasa merasmikan konvensyen antarabangsa ke-43 World Chinese Language Press Institute semalam. “Bagus seruan itu, tapi Najib tidak melaksanakan kata-katanya. Najib harus bertanya bagaimana beliau boleh mengharapkan promosi beliau sedangkan Utusan Malaysia dibenarkan untuk melakukan propaganda ekstrem yang terteruk dengan penipuan dan kepalsuan setiap hari,” bidas Kit Siang. |
ARTIKEL SEBELUM
21/12/10
DAP 'terharu' layanan istimewa Utusan
NEWS ONLINE
-
Projek Aerotrain baharu di KLIA dijangka siap lebih awal5 bulan yang lalu
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta2 tahun yang lalu
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri4 tahun yang lalu
-
Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil6 tahun yang lalu
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata7 tahun yang lalu
-
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?7 tahun yang lalu
-
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar8 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan10 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MINDA DAN AGAMA
-
Cerita Salasilah2 bulan yang lalu
-
-
Cerita Dari Masjidil Nabawi Madinah3 tahun yang lalu
-
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT6 tahun yang lalu
-
RUMAHKU SYURGAKU6 tahun yang lalu
-
Sajak "Keretapi Malam"9 tahun yang lalu
-
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran10 tahun yang lalu
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH11 tahun yang lalu
-
-
-
-
DALIL TENTANG MAULID NABI MUHAMMAD SAW11 tahun yang lalu
-
-
Sebenar-benar sahabat13 tahun yang lalu
-
Jahil Masyuk!14 tahun yang lalu
posting terkini dari batuvskayu
Sukan
-
-
Announcing Nas.io2 tahun yang lalu
-
Sotong Goreng Tepung..7 tahun yang lalu
-
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (Nov. 2016)7 tahun yang lalu
-
Pic Viral Benzema in Arsenal FC9 tahun yang lalu
-
KITA MENANG LAPAN KALI!!!!!12 tahun yang lalu
-
-