ARTIKEL SEBELUM

22/12/10

Ambil Alih PLUS, Rakyat Bebas Tol Melampau






Pakatan Rakyat mengulangi gesaan kepada Kerajaan Persekutuan supaya mengambil alih PLUS Expressway Berhad, agar rakyat bebas dari tekanan konsesi yang sentiasa mahu menaikkan kadar tol walau mencatat keuntungan berlipat ganda.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merayu kepada kemanusiaan Perdana Menter Najib Abdul Razak supaya menggerakkan usaha memiliknegarakan lebuhraya penting itu agar kadar tol dapat dikekalkan pada paras yang munasabah.

Selain itu, keuntungan harian yang tinggi jumlahnya dapat disalurkan kepada program pemberdayaan sosial seperti penambahbaikan kualiti pendidikan dan program pembasmian kemiskinan.

Guan Eng berkata demikian mengulas usaha syarikat Jelas Ulung Sdn Bhd yang menawarkan untuk mengambil alih semua perniagaan PLUS Expressway Bhd dengan harga RM26 bilion, termasuk aset dan liabiliti syarikat.

Pembelian ini mendapat sokongan dari Bank of China.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, usaha Jelas Ulung meletakkan standard baru dalam operasi lebuhraya negara kerana ia tidak menuntut pengecualian cukai dan tidak memerlukan perjanjian kenaikan tol seterusnya.

Jelas Ulung juga tidak menuntut sebarang subsidi mahupun pampasan dari rakyat Malaysia sekiranya keuntungan gagal dicapai, tidak sepertimana syarikat-syarikat konsesi lain.

“Konsesi yang ditandatangani sebelum ini hanya memihak kepada kroni-kroni Barisan Nasional ianya tidak memihak kepada rakyat malah tiada kepentingan untuk nasional,katanya dalam satu sidang media di Komtar tengahari tadi.

Guan Eng berkata adalah lebih afdal sekiranya PLUS dimiliknegarakan sepenuhnya agar keuntungan yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

“Kita mesti buat satu dasar untuk rakyat Malaysia bukan satu dasar yang memihak kepada kroni, syarikat kroni ini untung buta, katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud