Hafiz Irwan |
GUA MUSANG, 1 Nov: Berbaki tiga hari tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas 4 November ini, PAS akan memperketatkan jentera kawalannya dalam menangani gejala menabur fitnah dan sogokan. Penasihat Operasi Jentera Pilihan Raya PAS Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah memberitahu arahan kepada anggota keselamatan di semua peti undi sudahpun dikeluarkan bersama beberapa strategi bagi mengesan amalan tersebut. Menurutnya, langkah itu diambil selepas mendapat maklumat awal dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan usaha sogokan kepada pengundi dijangka berlaku mulai hari ini. “Kita telah mengarahkan pihak keselamatan di semua peti undi untuk mengambil tindakan tegas terhadap usaha menabur fitnah dan juga usaha untuk membuat sogokan kepada pengundi. “Mana-mana pihak yang hadir ke semua peti undi untuk menabur fitnah, membuat sogokan akan berdepan dengan pihak keselamatan PAS yang telahpun disusun atur untuk membuat tangkapan awam,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Abdul Rahim berkata, jika berlaku tangkapan orang berkenaan akan dihantar ke pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. Menjawab sama ada pihaknya kini telah mendapat sebarang laporan mengenai perkara itu beliau berkata, belum ada laporan rasmi. “Belum ada laporan rasmi, cuma kita sudahpun menerima maklumat daripada pihak-pihak yang boleh dipercayai perkara ini akan berlaku mulai 1 November hingga hari mengundi nanti,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu. Menurut Abdul Rahim, antara bentuk sogokan yang dapat dikesan sekarang adalah dalam bentuk wang tunai RM1,000 dan set peti televisyen. Pada perkembangan yang sama beliau berkata, dalam kempen yang telah masuk hari keenam hari ini PAS lebih menumpukan kepada undi orang Melayu. “Tumpuan utama kedua belah pihak sekarang ini ialah di peti undi Sungai Terah kerana di situ PAS telah mendapat undi popular sebanyak 69 peratus pada pilihan raya umum 2008. “BN sendiri berpendapat sekiranya peti undi itu boleh dicairkan maka mereka akan mencapai kemenangan. Jadi pertempuran sengit akan berlaku di Sungai Terah,” katanya. Pada Pilihan Raya Umum 2008, peti undi Sungai Terah telah menyumbang kepada kemenangan PAS di Dun Galas dengan majoriti 500 undi. Berikutan itu, beberapa langkah diambil untuk memastikan sokongan terus diberikan pada PAS di kawasan seperti Sungai Terah. “Walau apapun parti itu tetap yakin akan dapat mengekalkan sokongan di kalangan pengundi Orang Asli dan meningkatkan undi daripada pengundi Cina di Galas,” katanya. |
ARTIKEL SEBELUM
1/11/10
Usaha sogok pengundi dijangka bermula hari ini
NEWS ONLINE
-
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta2 tahun yang lalu
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri5 tahun yang lalu
-
Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil6 tahun yang lalu
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata7 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar8 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan10 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MINDA DAN AGAMA
-
BERPINDAH SEKOLAH TEMPAT BERKHIDMATSebulan yang lalu
-
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan5 tahun yang lalu
-
Ayat Penawar Sakit5 tahun yang lalu
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT6 tahun yang lalu
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?8 tahun yang lalu
-
Sajak "Keretapi Malam"10 tahun yang lalu
-
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran11 tahun yang lalu
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH11 tahun yang lalu
-
-
-
-
DALIL TENTANG MAULID NABI MUHAMMAD SAW12 tahun yang lalu
-
-
Sebenar-benar sahabat13 tahun yang lalu
-
Jahil Masyuk!14 tahun yang lalu
-
MENGENAL DIRI YANG KE 7815 tahun yang lalu
posting terkini dari batuvskayu
-
Perutusan Dari Tun Mahathir5 tahun yang lalu
Sukan
-
-
Announcing Nas.io2 tahun yang lalu
-
The Return Of "MakHangpa"8 tahun yang lalu
-
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (Nov. 2016)8 tahun yang lalu
-
Arsenal bakal sambar Reus9 tahun yang lalu
-
KITA MENANG LAPAN KALI!!!!!13 tahun yang lalu
-
-