ARTIKEL SEBELUM

24/11/10

Rayuan Anwar ditolak, diarah bayar kos RM70k

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak bantahan yang dikemukakan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar satu keputusan mahkamah yang dibuat dalam bahasa Inggeris pada tahun 2006.

arifin zakaria 01Dalam menolak permohonan itu, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria berkata alasan penghakiman tidak terdiri daripada bahagian penghakiman itu sendiri. Menurut beliau mahkamah mempunyai kuasa yang luas sama ada untuk mengemukakan keputusan dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

Beliau bagaiamanpun berkata pihaknya memandang serius penggunaan bahasa Melayu di mahkamah.

Hakim Arifin merujuk pekeliling yang dikkeluarkan oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hashim Yeop Sani, pada 1990 yang mana beliau berkata sekurang-kurangnya satu penghakiman mesti ditulis dalam bahasa kebangsaan.

lingam tape hearing 300108 vk lingam 02Sehubungan dengan penghakiman hari ini, Anwar juga diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM70,000, meskipun peguam Mahathir - VK Lingam memohon RM100,000.

Lingam berkata pengujian tanda aras mesti dibuat bagi permohonan kes-kes Mahkamah Persekutuan sambil merujuk kepada satu penghakiman di mana mahkamah rayuan bersetuju kos RM100,000 diberikan.

Anwar kelihatan agak geram dengan penghakiman hari ini.

"Dia (Lingam) adalah seorang jutawan. Saya kalah kes ini. Ini adalah peguam Mahathir, jadi macam mana boleh kita menang?” katanya di luar mahkamah.

Peguamnya, Karpal Singh berkata mereka sedang mempertimbangkan untuk membuat rayuan.

anwar karpal 200910 02Keputuan ini dengan sendirinya membatalkan rayuan Anwar dalam kes saman malu RM100 juta yang dikemukakan ke atas mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dua lagi anggota panel hakim yang bersidang hari ini ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Suriyadi Halim Omar.

Pada 20 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar atas sebab teknikal kerana tidak menyediakan memorandum rayuan dalam bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Malaysia.

Peguam Anwar juga dikatakan tidak menandatangani memorandum tersebut dan oleh itu, ia menjadi cacat.

Anwar telah menyaman fitnah matan perdana menteri itu berhubung kenyataan yang dibuatnya di satu sidang akhbar Suhakam.- mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud