ARTIKEL SEBELUM

29/11/10

Padah Rogol anak sendiri..


ALOR SETAR . — Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan enam sebatan kepada seorang mekanik atas tuduhan merogol anak tirinya tiga tahun lepas.

Hakim Mohd Sabri Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap tertuduh, yang berumur 27 tahun.

Tertuduh yang berasal dari Langkawi disabitkan dengan kesalahan melakukan sumbang mahram dengan merogol anak tirinya, berumur 17 tahun (ketika kejadian) di sebuah rumah di Kampung Huma Mukim Ayer Hangat, Langkawi pada 20 Nov 2007 kira-kira pukul 6 petang.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376B akta sama.

Peguam tertuduh, K. Kartikumar memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan hukuman kerana beliau mahu membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Hakim membenarkan penangguhan hukuman sehingga menunggu rayuan dan menetapkan tertuduh membayar jaminan RM7,000. — Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud