ARTIKEL SEBELUM

25/11/10

Jamuan mewah: MB S'gor nafi disiasat SPRM

Kunjungan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke pejabat Tan Sri Khalid Ibrahim semalam bukanlah bertujuan mengambil keterangannya seperti yang dilaporkan media.

Menurut sekretariat akhbar pejabat menteri besar Selangor, kunjungan itu bertujuan memaklumkan kepada Khalid secara rasmi berkenaan penahanan seorang pegawai kanan Yayasan Selangor yang dikaitkan dengan penganjuran majis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu.

NONESebelum ini, media melaporkan Khalid memberi kenyataan kepada SPRM di pejabatnya di Tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Siasatan adalah berhubung isu perbelanjaan majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor yang dikatakan melebihi RM300,000.

Pegawai penyiasat SPRM juga dilaporkan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk merakamkan kenyataan Khalid, bermula kira-kira jam 5.30 petang, sejurus selepas beliau selesai mempengerusikan mesyuarat Exco.

Kunjungan SPRM semalam diketuai oleh Pengarahnya Datuk Jaafar Maahad.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud