ARTIKEL SEBELUM

4/11/10

Galas dicemari ketegangan, pengundian diteruskan


GUA MUSANG, 4 Nov - Suasana proses pengundian pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang tenang awal pagi tadi menjadi kecoh apabila penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS terlibat dalam pertengkaran ketika cuba meraih undi.

Ia kejadian pertama dilaporkan di Galas hari ini.

Kekecohan itu berlaku di daerah mengundi Bandar Lama Gua Musang dan pusat mengundinya ialah Sekolah Kebangsaan Gua Musang.

Insiden tersebut berlaku ekoran dakwaan tindakan penyokong PAS memasuki kawasan penyokong BN.

Pada mulanya polis bertugas dapat menyelesaikan kekecohan itu yang tercetus sekitar 8.30 pagi, namun pada pukul 9.05 pagi kekecohan berulang.

Polis terpaksa menggunakan sebuah Land Rover untuk memisahkan 500 penyokong yang berhimpun di luar pusat pengundian Bandar Lama.

Kekecohan muncul balik, kali ini berpunca daripada rasa tidak puas hati selepas pergaduhan mulut antara penyokong kedua-dua parti, antara lain dipercayai memakai dan mempamerkan lambang parti ketika hendak memasuki pusat pengundian.

Akibatnya berlaku kejadian tolak-menolak antara penyokong.

Kejadian itu menyebabkan polis terpaksa campur tangan meleraikan kekecohan itu.

Kira-kira 10 anggota polis berada di tempat kejadian untuk meleraikan kekecohan itu dan penyokong BN dan PAS dapat ditenangkan kira-kira 10 minit kemudian.

Proses pengundian di Galas bermula 8 pagi.

Pusat pengundian itu turut dilawati Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad.

Tinjauan The Malaysian Insider mendapati kekecohan kembali berlaku di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Gua Musang.

Kejadian kali ini berlaku kira-kira 20 meter dari tempat kejadian pertama tadi.

Kekecohan kali ini, sekitar 9.50 pagi, juga berpunca dari sikap penyokong PAS yang memasuki kawasan penyokong BN.

Cuma kali ini anggota polis bertindak pantas dengan terus membuat benteng antara kedua-dua penyokong parti.

Sepanjang meraih undi kedua-dua penyokong bersorak.

Penyokong PAS menyebut “Hancur hancur, hancur BN, “Hidup hidup, hidup PAS dan bertakbir “Allahuakhbar” manakala penyokong BN pula “Nik Aziz 300, Nik Aziz rasuah. Kedua-dua penyokong masing-masing turut membawa kain rentang yang menghina Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka juga membawa bendera dan gambar calon masing-masing.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud