| Mohd Sabri Said |
| KEPALA BATAS, : Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya mahu menyelamatkan kedudukan mereka dan tidak langsung memikirkan masalah rakyat di negara ini. Katanya, walaupun cuba menonjolkan Malaysia sebuah negara hebat di mata dunia, namun hakikatnya rakyat negara ini masih dibelenggu segala permasalahan. "BN hanya berfikir bagaimana nak selamatkan BN pada pilihanraya umum akan datang tidak pun merencanakan berbagai perancangan menghilangkan tangapan umum tentang Malaysia yang dicintai," tegasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada ceramah anjuran PAS Cawangan Permatang Keriang dengan kerjasama Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Aishah, Penaga, Kepala Batas semalam. Menurut beliau lagi, sebab itu BN memperkenalkan ahli gabungan dan bersekutu, semata-mata mahu menarik golongan muda yang masih tidak menyokong BN kerana marahkan Umno, MIC, MCA, Gerakan dan sebagainya. "Apa guna sokong cara yang BN sedang laksanakan sekarang kerana menyokong BN bererti tetap bersekongkol dengan Umno dan komponen lain yang nyata menyelewengkan wang rakyat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Kata beliau, cara demikian hanya mahu memastikan BN terus kerana yang penting bagi mereka adalah memenuhi kocek sendiri dan kroni terdekat. Perdana Menteri sepatutnya mengenal pasti kelemahan pentadbiran sendiri dan memperbetulkanya agar mampu memperkasakan negara kembali. Negara pada waktu ini sedang berdepan kehilangan kepercayaan rakyat kerana hancurnya demokrasi, sistem kehakiman, gejala rasuah, gejala sosial berterusan. "Nak ubah macam mana, mereka tetap naik perahu yang sama hanya pendayung sahaja yang bertukar tangan. Tambahan lagi kini perahu yang dinaiki bocor sana sini pasti keadaanya kelam kabut menyalahkan orang itu dan ini bahkan ada yang telah terjun ke laut bila mendapat tahu perahu nak tengelam," jelas beliau. Berceramah sama dalam majlis berkenaan ialah Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh dan Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Husein. |
ARTIKEL SEBELUM
29/11/10
BN hanya fikir selamatkan parti bukan negara
NEWS ONLINE
-
Miri bangkit sebagai hab hiburan serantau Borneo8 bulan yang lalu
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta3 tahun yang lalu
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri6 tahun yang lalu
-
Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil7 tahun yang lalu
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata8 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni9 tahun yang lalu
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar9 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan11 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MINDA DAN AGAMA
-
BERPINDAH SEKOLAH TEMPAT BERKHIDMATSetahun yang lalu
-
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan6 tahun yang lalu
-
Ayat Penawar Sakit6 tahun yang lalu
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT7 tahun yang lalu
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?9 tahun yang lalu
-
Sajak "Keretapi Malam"11 tahun yang lalu
-
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran12 tahun yang lalu
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH12 tahun yang lalu
-
-
-
-
DALIL TENTANG MAULID NABI MUHAMMAD SAW12 tahun yang lalu
-
-
Sebenar-benar sahabat14 tahun yang lalu
-
Jahil Masyuk!15 tahun yang lalu
-
MENGENAL DIRI YANG KE 7815 tahun yang lalu
posting terkini dari batuvskayu
-
Perutusan Dari Tun Mahathir5 tahun yang lalu
Sukan
-
-
Announcing Nas.io3 tahun yang lalu
-
The Return Of "MakHangpa"8 tahun yang lalu
-
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (Nov. 2016)9 tahun yang lalu
-
Arsenal bakal sambar Reus10 tahun yang lalu
-
KITA MENANG LAPAN KALI!!!!!13 tahun yang lalu
-
-
"BN hanya berfikir bagaimana nak selamatkan BN pada pilihanraya umum akan datang tidak pun merencanakan berbagai perancangan menghilangkan tangapan umum tentang Malaysia yang dicintai," tegasnya.