| Oleh Norasikin Samsi |
SHAH ALAM 9 Okt - Timbalan Presiden KEADILAN, Senator Dr Syed Husin Ali berkata memang menjadi perancangan dan strategi Datuk Zaid Ibrahim untuk mengambil alih pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dari Datuk Seri Dr Wan Azizah wan Ismail sejak beliau menyertai sebagai anggota parti tahun lalu.Dr Syed Husin berkata kini semua perancangan Zaid sudah terserlah dan terpulang kepadanya samada mahu mencabar Dr Wan Azizah untuk merampas jawatan presiden parti pada pemilihan pimpinan pusat November depan. "Tak apalah, biarlah, dia berhak untuk mencabar (Wan Azizah), dia berhak untuk bertanding. "Memang itu yang dirancang daripada awal dulu. Itu hak dia," katanya kepada Suara Keadilan ketika diminta mengulas mengenai usaha Zaid mahu mencabar Wan Azizah untuk jawatan berkenaan. Pada sidang media semalam Zaid yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Wilayah Persekutuan berkata beliau akan bertembung dengan Dr Wan Azizah bagi jawatan presiden dengan syarat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzan Anwar bersetuju menyertai pertandingan bagi kerusi Timbalan Presiden. Dr Syed bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya samada keghairahan Zaid mahu merebut jawatan tertinggi parti telah menyebabkan keadaan tegang dalam parti. "Soal dia nak porak-perandakan (KEADILAN), itu saya tak mahu komen," katanya. Sebelum ini, Zaid menunjukkan pendirian yang berbeza apabila menegaskan beliau tidak mementingkan jawatan dan hanya mahu menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden parti itu. Beliau juga berjanji untuk menarik diri daripada pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden untuk memberi laluan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya beliau berminat kepada jawatan itu. Tetapi semalam nadanya bertukar apabila sanggup pula memberi laluan jika Nurul Izzah bertanding jawatan tersebut. Zaid berkata beliau sanggup bertanding jawatan lain dan tidak menafikan kemungkinan mencabar Dr Wan Azizah untuk kerusi Presiden. Dr Wan Azizah mendapat pencalonan dari 123 cabang untuk mengekalkan jawatan Presiden manakala Zaid menerima tiga pencalonan. Untuk jawatan Timbalan Presiden, Zaid menerima 38 pencalonan manakala seorang lagi pencabar, Mohamed Azmin Ali mendapat 102 pencalonan dan Mustaffa Kamil Ayub pula sebanyak 25 pencalonan. Nurul Izzah pula menyatakan beliau hanya berminat untuk mengisi jawatan Naib Presiden. |
ARTIKEL SEBELUM
9/10/10
Zaid Sejak Menyertai KEADILAN Merancang Jadi Presiden
NEWS ONLINE
-
Miri bangkit sebagai hab hiburan serantau Borneo7 bulan yang lalu
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta3 tahun yang lalu
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri6 tahun yang lalu
-
Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil7 tahun yang lalu
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata8 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni9 tahun yang lalu
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar9 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan11 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MINDA DAN AGAMA
-
BERPINDAH SEKOLAH TEMPAT BERKHIDMAT11 bulan yang lalu
-
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan6 tahun yang lalu
-
Ayat Penawar Sakit6 tahun yang lalu
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT7 tahun yang lalu
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?9 tahun yang lalu
-
Sajak "Keretapi Malam"11 tahun yang lalu
-
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran12 tahun yang lalu
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH12 tahun yang lalu
-
-
-
-
DALIL TENTANG MAULID NABI MUHAMMAD SAW12 tahun yang lalu
-
-
Sebenar-benar sahabat14 tahun yang lalu
-
Jahil Masyuk!15 tahun yang lalu
-
MENGENAL DIRI YANG KE 7815 tahun yang lalu
posting terkini dari batuvskayu
-
Perutusan Dari Tun Mahathir5 tahun yang lalu
Sukan
-
-
Announcing Nas.io3 tahun yang lalu
-
The Return Of "MakHangpa"8 tahun yang lalu
-
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (Nov. 2016)9 tahun yang lalu
-
Arsenal bakal sambar Reus10 tahun yang lalu
-
KITA MENANG LAPAN KALI!!!!!13 tahun yang lalu
-
-

